tag: berjimat, pakaian, kepenggunaan
Mungkin ramai yang masih ingat kisah Imelda Marcos yang memiliki 3,000 pasang kasut. Mungkin terdapat orang lain juga yang mempunyai kasut dalam jumlah sebegitu besar.
Tempoh hari saya menonton televisyen mengisahkan seorang pereka fesyen yang mempunyai bilik khas dan dilengkapi dengan rak-rak khas untuk menyimpan kasut-kasutnya. Kasut-kasut disusun mengikut kategori jenis dan warna.
Saya hanya memiliki 3 pasang kasut untuk kegunaan majlis formal. Dua lagi untuk bersiar-siar atau mengunjungi orang. Yang tiga pasang itu pun kadang-kadang saya pakai juga untuk kegunaan harian.
Suatu ketika dahulu saya memiliki sepatu dengan tapak keras. Hari ini kebanyakan tapak kasut saya terdiri dari jenis lembut. Tapak keras menghasilkan bunyi yang boleh didengar orang dari jarak sebatu. Tapak lembut sedap dipakai dan tidak menarik perhatian orang lain.
Kasut-kasut yang saya beli tidaklah berapa mahal, sekitar 200 lebih je satu. Itu pun biasanya saya beli ketika berlangsung pesta jualan murah di gedung-gedung. Kalau nak beli sesuatu barang biasanya saya akan survey dahulu di merata tempat dan pastikan barangan jenis dan jenama apa yang menarik perhatian saya.
Setelah mengenalpasti pilihan yang sesuai barulah saya beli. Memang perangai saya dari dulu, ada duit ke atau tak de duit ke, saya tidak kisah dengan barang-barang yang dijual dengan potongan harga. Saya dapati saya buat pilihan tepat kerana saya dapat menggunakan duit selebihnya untuk perkara-perkara lain.
Kasut dan baju saya semua tahan lama. Pernah sekali seorang kawan menegur baju yang saya pakai katanya unik dari segi potongan dan warna Saya katakana padanya mana tak unik, baju-baju saya banyak yang dah lebih 10 tahun!
Haa? Baju sepuluh tahun? Beliau terkejut. Benar. Saya kurang beli pakaian termasuk kasut. Setiap barangan yang saya beli saya pastikan ia mempunyai kualiti yang baik dan sebab itulah ia tahan lama. Walau pun sesetengahnya kelihatan usang, saya pakai juga.
Untuk hariraya, baju Melayu saya ada beberapa pasang tapi tak pernah berganti. Saya rasa umur setiap satu memang lama. Tapi ia tidak kelihatan buruk kerana ia dipakai pada hariraya dan upacara tertentu seperti mengiring keluarga bertunang atau menikah.
Ayah saya hanya memiliki sepasang sepatu jalan. Ia biasnya dihadiadkan oleh abang-abangnya. Setiap pasang yang ayah miliki juga tahan lama kerana jarang-jarang dipakai. Arwah ayah tidak kerja ofis, hanya menyembah pokok getah setiap pagi.
Mengenai samada barangan yang saya beli berjenama atau tidak pun saya tidak berapa kisah. Walau bagaimana pun, kebanyakan pakaian dan sepatu saya adalah dari jenis berjenama. Beli ketika jualan murah berlangsung. Kalau katakan Valentino Rudy atau Valentino Creation sedang ada jualan murah dan saya berkenan dengan barangan yang dijual maka saya beli. Dapatlah saya pakai kasut Made in
Adakah saya mementingkan jenama? Tidak juga. Jika ada barangan yang kurang berjenama dan selepas saya belek-belek ia mempunyai kualiti yang baik, saya akan beli juga.
Maksud berjenama semua orang tahu. Nama-nama pengeluar barangan yang terkenal samada di seluruh dunia atau di
Pepatah kata alah membeli menang memakai. Bergantung. Bergantung kepada selera dan pilihan masing-masing. Memang terdapat banyak barangan berjenama dengan harga tinggi yang cantik dan tahan lama. Walau bagaimana pun saya kata cantik anda mungkin anda kata tidak.
Begitu juga dengan kualiti. Saya kata berkualiti mungkin ada yang kata tidak. Saya sendiri kalau pilih baju pentingkan jenis dan tekstur.
Saya anak beranak tidak menjadikan hariraya sebagai kemestian untuk membeli barangan baru. Pakaian-pakaian baru boleh dibeli dan dipakai pada waktu-waktu lain. Tiada siapa pun yang menghadkan diri kita supaya patut membeli belah khas untuk hariraya sahaja.
Jadi, rumah saya jarang tukar langsir baru, kerusi meja baru untuk hariraya. Yang ada dah molek. Tak de salah dan tak de luaknya.
Herbalis
SEMBANG-SEMBANG HERBA












