"Ya Allah, ajarkanlah kepada kami apa yang bermanafaat bagi kami, berikanlah manafaat kepada kami dengan apa yang Engkau ajarkan kepada kami dan berikanlah tambahan ilmu kepada kami. Kami memuji-Mu, ya Allah atas segala keadaan, dan kami berlindung kepada-Mu dari keadaan para penghuni neraka."
only search Sembang-sembang Herba
| ]
Share

tag: influenza A H1N1, antivirus alternatif, H1N1, hinggu, Petua H1N1, petua selsema babi, rawatan alternatif, rawatan H1N1, rawatan selsema babi, selsema, selsema babi, tips H1N1

Sila baca kenyataan berikut sebelum membaca cadangan yang diberikan.


PERHATIAN & PENAFIAN: Coretan berikut adalah berunsur pendidikan bagi membantu seseorang faham mengenai perkara berkaitan kesihatan. Ia tidak boleh disalahertikan sebagai nasihat perubatan bagi menggantikan nasihat doktor anda mengenai sebarang penyakit temasuk selsema babi. Tugas mendiagnosa dan mengpreskripsi ubatan ialah tugas doktor anda. Oleh itu sila bincang dengan doktor sebelum anda mengambil sebarang sediaan tradisional. Cadangan sediaan dalam coretan ialah berasaskan ilmu serta pengalaman yang dimiliki oleh penulis yang kompeten dan juga bertaraf profesional dalam bidang herbalisme. Sediaan-sediaan yang dicadangkan dipercayai sesuai untuk kegunaan bagi mereka yang ingin bertanggung jawab terhadap diri sendiri dan mengamalkannya secara empiris (pengalaman yang dipraktikkan). Walau pun ia tidak menjalani penyelidikan klinikal sepertimana ubatan moden, hasil pengamalan sediaan herba secara empiris pun mampu menghasilkan keredaan (walau pun pulih atau mengalami 'remission', keredaan ialah istilah yang dibenarkan penggunaannya kerana tiada pengesahan dari ujian klinikal menunjukkan keberkesanan termasuk keupayaan memulihkan penyakit yang dialami) keadaan kesihaan yang dialami seseorang.
Penulis tidak bertanggungjawab atas sebarang kerosakan dan kerugian yang berlaku kepada seseorang hasil dari penggunaan keterangan dalam coretan ini.

ANDA DIBENARKAN MENYEBARKAN CORETAN INI DENGAN SYARAT MENYIARKAN SEKALI SUMBERNYA (SEMUA YANG TERTERA) SEPERTI YANG TERCATAT PADA BAHAGIAN AKHIR CORETAN.

Arwah emak saya sering menggunakan Hinggu jika beliau mengalami sakit perut yang sukar sembuh contohnya ‘cika’. Ekstrak Hinggu, Ferula Asafoetida yang beku berwarna hitam dan rasanya amat pahit juga digunakan oleh ibu saya untuk mengurangkan gejala suhu tinggi berpunca dari demam sejuk (colds) dan flu.

Ia digunakan secara tradisional untuk merawat masalah keradangan, kekejangan, kanser, inflamasi usus besar, hipertensi, osteoporosis. Selain itu ia digunakan untuk mengurangkan kesan radiasi (bahan nuclear), ubat serangga dan digunakan dalam masakan India.

Baru-baru ini dua orang saintis utama negara Cina, Fang-Rong Chang and Yang-Chang Wu dikatkan telah mengenalpasti beberapa bahan kimia dalam kumpulan coumarin yang diekstraksi dari akar Asafoetida yang dipercayai boleh digunakan sebagai bahan untuk untuk pembuatan ubatan antivirus bagi menangani influenza A (H1N1). Mereka mendakwa kesan coumarins tersebut lebih baik dari tamiflu yang dihasilkan dari asid shikimic yang diekstrak dari Bunga Lawang (Star Anise).

Menurut beberapa sumber, Hinggu digunakan untuk menangani virus influenza ketika Epidemik Flu Sepanyol melanda Cina pada tahun 1918.

Dari satu sisi rasanya yang sangat pahit membantukan menyejukkan tubuh iaitu menurunkan suhu tubuh. Mekanisme tidak diketahui. Mungkin ia bertindak meningkatkan pH tubuh. pH air kencing orang yang mengalami flu biasanya dalam julat 5.5. Apabila mereka makan makanan yang meningkatkan pH, pH air kencing akan naik ke 6.5. Untuk mengetahui perbincangan mengenai kesan pH tubuh terhadap imuniti sila baca coretan saya Cuka Epal redakan Selsema Babi (influenza A H1N1)?

Anda boleh menggunakannya secara tradisional untuk mengatasi demam selsema termasuk selsema babi sebagaimana sukatan yang diambil oleh arwah emak saya iaitu sekadar secebis (saiz 2-3 tiga kepala macis api) dan diminum dengan air. Untuk mengurangkan pahit masukkan ke dalam kiub roti atau buah-buahan yang kurang manis dan kemudian ditelan. Pengambilannya ialah sekali sehari.

Hinggu boleh didapati di sesetengah kedai runcit India atau kedai India yang menjual ubat-ubatan tradisional India. Di Kuala Lumpur ia boleh didapati di Brickfield, Jalan Ampang (pusat bandar). Ia juga boleh didapati di bandar Klang.

Herba-herba lain yang mempunyai bahan kimia yang menyumbang rasa pahit yang dipercayai dapat membantu merawat influenza H1N1 termasuk Agave Americana, Putrawali (Patawali, Brotowali), Hempedu Bumi, Pucuk Betik, Kulit Pokok Langsat (Dokong, Duku, bijinya juga mungkin membantu). Neem memang digunakan secara tradisional untuk kes-kes yang berkaitan dengan imuniti.

Coretan-coretan saya berkaitan H1N1:

Minyak Esensial dipercayai Mampu Membunuh virus influenza A (H1N1)

Cuka Epal redakan Selsema Babi (influenza A H1N1)?...

Topeng Muka

Epal Hijau & Jus Oren bantu Rawat Selsema Babi (In...

Herbalist Bahrain, RH (AHG)

SEMBANG-SEMBANG HERBA
www.sembangherba.blogspot.com