"Ya Allah, ajarkanlah kepada kami apa yang bermanafaat bagi kami, berikanlah manafaat kepada kami dengan apa yang Engkau ajarkan kepada kami dan berikanlah tambahan ilmu kepada kami. Kami memuji-Mu, ya Allah atas segala keadaan, dan kami berlindung kepada-Mu dari keadaan para penghuni neraka."
only search Sembang-sembang Herba
| ]
Share

Tag: hati sesak

Saya memang suka dan rajin menulis. Cuma bila ada hal lain yang jadi prioriti, saya taklah dapat menulis untuk weblog ini. Sekarang ni lega sikit, jadi saya dapat luangkan masa untuk fokus menulis.

Awal tahun ini saya menghadiri sebuah perjumpaan yang dikelolakan oleh seorang rakan. Yang datang tu terdiri dari pelbagai latar belakang pendidikan.

Dalam ramai-ramai tu terdapat seorang lelaki umur awal 40an kelihatan murung. Dari keadaan matanya menampakkan dia tidak berapa sihat. Bibirnya atas bawah merekah pacah-pecah. Setelah duduk jauh dari orang lain saya minta beliau menganga. Masya-Allah. Rupa-rupanya lidahnya mengalami beberapa rekahan yang dalam. Lidahnya kering dan berwarna merah. Ia diselaputi dengan selaput berwarna kuning.

Beliau mengalami ‘penyakit’ tersebut sejak 4-5 tahun dulu. Pergi jumpa doktor, doktor pun tak tau penyakit apa yang sedang dialaminya. Belai beritahu saya, makan sakit cakap sakit. Nak ketawa pun sakit. Untuk bibirnya doktor hanya membekalkan vitamin C sahaja.

Melihat keadaan tersebut saya bertanya samada beliau sanggup atau tidak untuk mengubah gaya hidup untuk sembuh. Setelah beliau bersetuju, saya nasihatkan beliau yang gemar makan makanan bergoreng seperti ayam dan nugget supaya berhenti secara beransur-ansur. Saya cadangkan beliau makan ulam-ulaman terutama yang pahit.

Selain itu saya syorkan bebapa jenis herba dan produk herba untuk diamalkan. Saya cadangkan beliau ambil Triphala (terdiri dari gabungan tiga jenis herba India, mentona dan menguatkan fungsi keseluruhan organ sistem tubuh) selama sebulan. Selain itu saya nasihatkan agar beliau mengambil minyak hati ikan kod dan multivitamin setiap hari. Saya juga cadangkan beliau ambil vitamin C berjumlah 3,000 sehari.

Bulan kedua dan seterusnya saya cadangkan beliau supaya mengambil suplemen horseradish (mengandungi herba-herba lain juga yang antara lain berfungsi mentona dan menguatkan fungsi hati, membantu penghadaman) untuk selama tiga bulan.

Beberapa minggu yang lalu dia menelefon saya memberitahu ‘penyakit’ yang dialaminya hampir hilang. Beliau sudah boleh bercakap, makan dan ketawa macam suatu ketika dulu.

Herbalis Bahrain, RH (AHG)

SEMBANG-SEMBANG HERBA
www.sembangherba.blogspot.com