tag: H1N1, influenza A H1N1, antiseptik alternatif, aromaterapi, Petua H1N1, petua selsema babi, rawatan alternatif, rawatan H1N1, rawatan selsema babi, selsema babi, tips H1N1
PERHATIAN: Sediaan aromaterapi yang dicadangkan dalam coretan ini hanya sesuai untuk kegunaan luaran sahaja. Kegunaan dalaman hanya boleh dilakukan dengan nasihat dan pengawasan pakar aromaterapi terlatih atau pakar herba yang mahir dengan aplikasi aromaterapi secara dalaman.
ANDA DIBENARKAN MENYEBARKAN CORETAN INI DENGAN SYARAT MENYIARKAN SEKALI SUMBERNYA (SEMUA YANG TERTERA) SEPERTI YANG TERCATAT PADA BAHAGIAN AKHIR CORETAN.
Semua jenis virus selsema samada selsema bermusim (biasa) atau virus influenza A (H1N1) membiak dalam paru-paru. Ia dikatakan masuk ke dalam tubuh melahui mata, hidung dan mulut.
Virus selsema disebarkan apabila seorang yang sedang dijangkiti batuk atau bersin. Titisan seni yang mengandungi virus boleh masuk terus ke dalam organ pernafasan seorang yang sihat yang berada beberapa meter dari orang yang batuk atau bersin. Virus juga dikatakan terapung di udara dan jika dalam ruang tertutup orang lain mudah dijangkiti.
Titisan seni dari mereka yang sedang dijangkiti selsema juga boleh melekat pada pelbagai jenis bahan seperti kerusi, meja, telefon tangan, kertas, peralatan makan minum dan lain-lain. Seseorang yang menyentuh bahan-bahan tersebut kemudian menyentuh muka termasuk mata, hidung dan mata berpotensi dijangkiti virus.
Kalau anda perhatikan mengenai senarai bahan-bahan yang berupaya memusnahkan atau membunuh virus samada yang disiarkan oleh Kementerian Kesihatan mana-mana negara pun atau media-media elektronik atau cetak, mereka hanya menyenaraikan bahan-bahan kimia. Ia termasuk bahan-bahan berasaskan phenol (bahan pencusi antiseptik), alcohol, klorin, hydrogen peroksida, dan antisekptik berasaskan iodine.
Maka berlumba-lumbalah pengeluar bahan-bahan kimia mempromosikan barangan mereka seperti gel pembasmi kuman. Tempoh hari saya pergi ke pejabat EPF di ibu kota dan mendapati setiap meja tempat orang ramai membuat urusan dibekalkan dengan gel pembasmi kuman. Setiap pengunjung dinasihatkan supaya menggunakannya hanya dengan menggosokkan dua tangan hingga gel tersebut kering. Apabila kering (saya sendiri mengujinya) ia meninggalkan bauan harum pada tangan.
Apakah jenis bau ketika tangan digosok?
Bau yang merangsang hidung. Besar kemungkinan ia ialah bau ethyl alcohol (ethanol). Ia ialah bahan yang mudah meruap pada suhu bilik. Pada label tidak disebutkan langsung mengenai kandungan bahan-bahan yang terdapat dalam botol tersebut.
Terdapat logo halal dikeluarkan oleh JAKIM kalau tak silap tertera pada label.
Mengapa tiada senarai bahan-bahan yang digunakan untuk menyediakan gel tersebut? Untuk menyembunyikan dari orang ramai penggunaan ethanol?
Menurut golongan Syafiiyah yang rata-rata dianuti oleh penganut Islam Malaysia, pemakaian bahan-bahan beralkohol (ethanol) adalah haram. Jadi terdapat dua kemungkinan. Logo halal tertera pada label menunjukkan gel tersebut tidak menggunakan ethanol. Kedua, kerana pihak JAKIM dan jabatan-jabatan yang mengeluarkan logo tersebut mempunyai fatwa bahawa pemakaian bahan-bahan beralkohol pada kulit tidak haram.
Sekarang, kita beralih pula kepada bahan-bahan kimia yang digunakan secara luaran untuk memusnahkan virus influenza A H1N1. Apabila media-media elektronik dan cetak menyebarkan hanya bahan-bahan seperti disebutkan pada awal coretan, maka saya percaya anda semua percaya hanya bahan-bahan tersebut sahaja yang berupaya menyumbang peranan yang dimaksudkan.
Terdapat pilihan lain?
Ya.
Mengapa tidak disebarkan?
Kerana media setakat ini menggunakan info dari pihak berwajib yang bertanggungjawab negara terhadap kesihatan rakyat. Ia berlaku di mana-mana negara pun. Info pihak berwajib biasanya memonopoli ruang dalam media berkaitan ilmu mengenai isu kesihatan penting termasuk kaedah-kaedah mencegah dan mengatasinya.
Anda maksudkan memang terdapat alternatif?
Ya.
Kalau begitu sila nyatakan bahan-bahan yang boleh digunakan sebagai alternatif.
Bahan-bahan yang boleh digunakan untuk memusnahkan virus sebenarnya terdiri dari pelbagai kategori. Terdapat pelbagai jenis herba bersifat bersifat antivirus tetapi ia tidak praktikal. Jadi pilihan terbaik ialah menggunakan minyak pati (esensial) yang diekstraksi tertentu seperti yang digunakan dalam aromaterapi.
Antara minyak esensial yang efektif untuk tujuan memusnahkan virus (antivirus) ialah Tea Trea, Lime, Camphor, Oregano (Common), Sweet Marjoram, Clove, Peppermint, Garlic, Pine (Dwarf, Scotch) dan Eucalyptus (Blue Gum, Lemon-Scented, Broad-leaved Peppermint).
Cara menyediakan gel antiviral anda ialah dengan mencampurkan 10-15 titik minyak esensial yang disebutkan dengan 1 cawan (250 gm) gliserin. Jika anda menggunakan lebih dari sejenis katakan 4 jenis, jadi anda boleh mengadun dengan menggunakan contoh Tea Tree 3 titik, Lime 3 titik, Eucalytus 2 titik dan Clove 2 titik. Jika anda bercadang untuk menggabungkan bauan kegemaran anda, anda boleh gabungkan beberapa jenis minyak esensial pilihan anda seperti Neroli 1 titik (sangat wangi) atau Rose Grenium 2 titik.
Jika anda menggunakan penyembur, gabungkan 4 sudu gliserin dan air yang sekadar memenuhi ruang botol penyembur dengan 10-20 titik minyak-minyak esensial pilihan. Botol penyembur yang paling sesuai ialah jenis kaca berwarna gelap seperti warna biru tua, amber atau hijau. Goncang botol sebelum menggunakan larutan penyembur antivirus anda.
Anda boleh dapatkan gliserin dan beberapa jenis minyak esensial seperti Tea Tree, Peppermint dan Eucalytus dari pembekal antrabangsa seperti Culpeper. Minyak-minyak esensial yang harum serta bersifat antiseptik (mencegah pembiakan bakteria) seperti Geranium, Rose, dan Neroli juga boleh didapati di outlet tersebut. Terdapat beberapa outlet Culpeper sekitar ibu kota seperti di Tingkat 3 Metro Jaya, di BTS. Culpeper terkenal membekalkan minyak-minyak esensial ori secara runcit.
Untuk mengetahui mengenai ilmu aromaterapi, jenis-jenis minyak esensial dan aktiviti biologinya, cara menyediakan adunan aromaterapi dan kegunaan aromaterapi sila baca buku saya berjudul VARIASI AROMATERAPI terbitan ALAF 21.
Coretan ini disiarkan juga di www.variasiaromaterapi.blogspot.com
Topik berkaitan pandemik H1N1 dalam weblog ini:
Cuka Epal redakan Selsema Babi (influenza A H1N1)?...
Topeng Muka
Epal Hijau & Jus Oren bantu Rawat Selsema Babi (In...
Herbalis Bahrain, RH (AHG)
SEMBANG-SEMBANG HERBA
www.sembangherba.blogspot.com
"Ya Allah, ajarkanlah kepada kami apa yang bermanafaat bagi kami, berikanlah manafaat kepada kami dengan apa yang Engkau ajarkan kepada kami dan berikanlah tambahan ilmu kepada kami. Kami memuji-Mu, ya Allah atas segala keadaan, dan kami berlindung kepada-Mu dari keadaan para penghuni neraka."
[8:28 PM
|
]












