Pagi ini ketika sedang menulis, telinga saya sesekali terfokus kepada dialog-dialog tertentu di televisyen. Salah satu yang menarik perhatian ialah sebuah dokumentari pendek teritan Filem Negara Malaysia.
Judulnya ialah ‘Yang Tua menyayangi yang Muda, Yang Muda menghormati yang Tua.’ Bukan sekali ditayangkan, malahan berkali-kali. Hari ini saya berusaha untuk memberi sedikit pandangan mengenai dokumentari tersebut.
Seorang pemuda sedang memandu kereta di sebuah jalan kampung. Beliau membelek atau melakukan sesuatu yang menyebabkan matanya memberi tumpuan terhadap perkara yang dilakukannya. Jadi, penglihatannya terlepas dari sebarang keadaan di atas jalan yang sepatutnya beliau berikan tumpuan ketika memandu.
Sebaik-baik sahaja beliau selesai, mata beliau kembali melihat ke hadapan. Pada masa yang sama rupa-rupanya beliau pada bila-bila masa akan melanggar seorang lelaki tua yang sedang mengayuh basikal pada rah yang sama. Beliau pun menekan brek.
Pakcik tersebut susup sasap ke bahagian tepi jalan dan jatuh bersama basikalnya. Dua orang pemuda kampung yang berada di tempat kejadian segera bergegas membantu pakcik tersebut seraya berkata kepada lelaki yang yang hampir melanggar pakcik tadi, “Marilah tolong………”
Dengan menjengah keluar tingkap kereta yang diturunkan cermin lelaki berkereta tersebut berkata,” Bukan salah aku………” dengan muka sombong dan rasa tidak bersalah.
Paparan seterusnya menunjukkan lelaki tersebut sedang berada di sebuah ruang tamu rumah kampung. Seorang wanita muda sedang melayaninya menyajikan air minuman.
Lelaki tersebut bertanya, “Mana ayah awak.”
“Ayah keluar, Kejap lagi dia balik.”
“Assalaamu3alaikummmm!” Ayah telah balik dan wanita muda (anaknya) menyambut ayah dengan berjalan ke muka pintu.
Anak teruna yang datang berkereta tadi melihat ke pintu dan dapati ayah kenalannya rupa-rupanya ialah orang yang hampir dilanggarnya dalam perjalanan ke rumah tersebut.
Pada masa yang sama pakcik menunjukkan lengannya yang melecet dan berdarah separuh kering. Beliau melemparkan pandangannya ke arah pemuda yang sedang duduk di kerusi ruang tamu. Wajah teruna tersebut kelihatan terkejut.
“Maafkan saya, pakcik.” Teruna tersebut datang ke pintu dan menghulurkan tangan meminta maaf kepada pakcik terhadap kejadian yang berlaku tadi.
Pakcik tidak menjawap sepatah pun.
Dokumentari ditamatkan dengan ungkapan “Yang Tuan menyayangi yang Muda, Yang Muda menghormati Yang Tua.”
Beberapa perkara yang perlu dicontohi ialah pakcik tidak kelihatan untuk memarahi anak teruna. Yang kedua anak teruna datang meminta maaf terhadap kelakuannya.
Adakah perbuatan pakcik tersebut (tidak kelihatan untuk memarahi siteruna) melambangkan beliau menyayangi yang muda?
Adakah pebuatan meminta maaf teruna tersebut melambangkan bagaimana beliau menghormati yang tua?
Mungkinkah pakcik tersebut sengaja tidak memarahi anak teruna tersebut sebagai langkah memberi peluang kedua kepada anak teruna?
Timbul soalan.
Apakah karakter sebenar anak teruna tersebut? Jika beliau tergamak meninggalkan orang yang hampir dilanggarkan terbongkang, adakah perangainya setakat di tempat kejadian? Tidakkah itu boleh melambangkan bahawa perangainya memang sebegitu pada kebanyakan masa?
Bagaimana agaknya jika pakcik tersebut mempunyai karakter yang berbeza dari yang didepksi dan dirancang/luluskan skripnya oleh Filem Negara? Contohnya katakan pakcik tersebut terus tidak lalu untuk melihat muka teruna tersebut apatah lagi membenarkannya berkawan dengan anak wanitanya?
Bagaimana agaknya kalau sipakcik berkata begini,” Boleh tolong beredar sekarang tak. Dan saya tak mahu lihat muka awak sampai bila-bila.”?
Apakah pesan tersurat dan tersirat yang Filem Negara cuba sampaikan agaknya?
P/S isteri saya kata, perbuatan teruna tersebut membiarkan pakcik dan sombong ialah karakternya. Kalau ia benar-benar belaku, sesiapa pun tak sepatutnya tidak membenarkan anak perempuan/wanita mereka terus berkawan dengan teruna seperti itu. Untuk jadi menantu? Jauh panggang dari api.
P/S2 Ungkapan yang tertera sebagai judul dokumentari sebenarnya ialah sebuah hadits Nabi SAW.
Herbalis Bahrain, RH (AHG)
SEMBANG-SEMBANG HERBA
www.sembangherba.blogspot.com












