"Ya Allah, ajarkanlah kepada kami apa yang bermanafaat bagi kami, berikanlah manafaat kepada kami dengan apa yang Engkau ajarkan kepada kami dan berikanlah tambahan ilmu kepada kami. Kami memuji-Mu, ya Allah atas segala keadaan, dan kami berlindung kepada-Mu dari keadaan para penghuni neraka."
only search Sembang-sembang Herba
| ]
Share

tag: tandas bersih, amalan, budaya

Sebenarnya saya sedang buat search mengenai budaya orang Kampong Cham di Cambodia. Terjumpa pulak sebuah dokumentari mengenai toilet di sebuah hotel di Kampong Thom dengan kadar USD3.00 semalam.

wow. Sangat murah!

Dan………

Toiletnya kelihatan bersih sekali.

Tandas jirus?

: )

Terdapat pelbagai jenis tandas ‘tradisional’ dan saya rasa sesetengahnya masih ber’laku’ di kawasan-kawasan tertentu.

Tandas pusing

Ia merupakan tandas ‘adhoc’. Kategori tandas ‘mana sempat’. Kalau terdapat pokok dengan batang atau banir besar, ia boleh dijadikan tandas, samada untuk buang air kecil atau besar. Nak pergi jauh dari jalan mungkin terlalu sunyi atau bimbangkan binatang buas. Jadi dapatkan tandas yang paling hampir dengan jalan.

Bila dengar orang lalu, seorang yang sedang menunaikan hajat akan bergerak mengubah posisi mengelak dari dikesan oleh orang yang lalu lalang.

Tandas biar

Tandas ini didapati dalam kebun-kebun yang baru dibuka. Seseorang yang ingin menunaikan hajat hanya perlu cangkung dan lepaskan isi kandungan perut atau pundi kencing. Habis tunaikan hajat, tinggalkan sahaja.

Awas. Jangan sesekali pandang ke bawah melaui lubang tandas atau celah-celah kayu!

Jangan lupa bawa kain tebal untuk tutup hidung ketika menunaikan hajat.

Tandas gigi air

Masa saya kecik, saya dapati memang terdapat tabiat sesetengah orang termasuk orang dewasa di beberapa buah kampung yang membuang hajat besar di gigi air. Samada di jeti, tempat cuci baju atau atas jambatan. Kadang-kadang orang yang lalu lalang terserempak dengan perlakuan mereeka. Apa yang mereka lakukan? Mereka hanya berusaha menutup sebahagian sahaja dari aurat sambil menegur orang yang lalu. Sesetengahnya masih boleh bersembang dan gelak ketawa dengan mereka yang lalu lalang seoalah-olah macam di rumah atau di kedai kopi.

Tandas lorong

Merupakan tandas di celah-celah bangunan. Maklumlah. Hari ini masuk kedai mamak pun kena bayar hingga 50 sen untuk guna tandas. Di stesyen bas Titiwangsa terdapat sebuah tandas khas yang beratapkan zinc betul-betul di bucu sebuah perhentian teksi. Ia terletak bersebelahan dengan stesyen bas.

Tandas ‘Johnny on the move’

Ia merupakan tandas yang secara keseluruhan diperbuat dari plastik. Ia bersifat mudah alih, ditempatkan di tapak pesta atau tempat kerja sementara. Hati-hati ketika menggunakan tandas ini. Setelah selesai menunaikan hajat anda mungkin dapati diri anda berada dalam sebuah kontena atau berada di tempat lain yang jauh dari tempat asal tandas tersebut diletakkan!

Suatu hal yang menarik dengan tandas seperti yang anda lihat dalam video di atas mengenai tandas siram ialah ia hanya memerlukan 1 gayung untuk melepaskan hampas yang anda buang. Dua tiga gayung memastikan mangkuk tandas bersih dan kurang bau. Satu dua gayung lagi anda siram pada tempat pijak dan sekitarnya supaya secara keseluruhan ia kelihatan bersih.

Mangkuk tandas kita, yang jenis duduk atas mangkuk? Memerlukan sekurang-kurangnya 5 liter air. Itu pun kadang-kadang hampas tak lepas pergi dengan baik.

Perangai sesetengah orang Malaysia ketika ke tandas awam termasuklah selepas cebok, biarkan cebisan najis kelihatan atas lantai, pada bibir mangkuk tandas, tempat pijak kaki. Puncanya? Tabiat menggunakan barangan percuma, kemudahan awam berbayar tanpa fikirkan kebersihan merupakan cermin keperibadian seseorang. Tabiat tidak suka lihat peralatan kemudahan awam bersih. Tabiat pentingkan diri sendiri dengan berkata, “Lepas pakai ada orang cuci.”

Sebelum berhenti menulis saya teringat……..

Tandas Sedut

Tandas sedut? Ya. Ia terdapat di dalam kapal terbang. Pastikan anda barangan anda tidak terjatuh ke dalam mangkuku tandas termasuk telefon bimbit ketika menggunakannya kerana selepas anda mengepam, anda tidak akan dengar berita langsung mengenainya!

Herbalis Bahrain, RH (AHG)

SEMBANG-SEMBANG HERBA

www.sembangherba.blogspot.com