"Ya Allah, ajarkanlah kepada kami apa yang bermanafaat bagi kami, berikanlah manafaat kepada kami dengan apa yang Engkau ajarkan kepada kami dan berikanlah tambahan ilmu kepada kami. Kami memuji-Mu, ya Allah atas segala keadaan, dan kami berlindung kepada-Mu dari keadaan para penghuni neraka."
only search Sembang-sembang Herba
| ]
Share

tag: jurufoto, kebolehan

“Mengapa husband you participate dalam photo contests? Dia bukannya seorang profesional.” Itulah kenyataan kritikal yang saya dengar dari mulut seseorang mengenai keupayaan saya.

Nak tunggu professional, tak payah buat apa-apa, getus saya. Kalau nak buat sesuatu terlalu dipengaruhi oleh pandangan orang lain terhadap kebolehan dan kemampuan diri sendiri baiklah tak payah. Ramai orang yang berjaya sebab yakin pada kebolehan diri. Pandangan orang lain penting tetapi dilihat dan diambil dari sudut positif.


“Kalau orang cakap macam tu, jawab balik, saja gatal bon*** nak masuk.” Cadangan dari seorang teman yang mengenali dan recognize kebolehan saya.


Kalau saya menang dan mereka lihat nama dan muka saya terpampang di mana-mana?


Buat dek je.


Pokok Tulasi (Ruku-ruku, Holy Basil, Ocimum Sanctum) yang dipercayai boleh membantu mencegah pembentukan dan meredakan flu H1N1. Imej di atas saya ambil di perkarangan Hotel Sheraton Fiji Resort tempat saya menginap. Variant ini mempunyai daun yang jauh lebih lebar dari yang terdapat di Malaysia, lebihkurang 3 kali ganda.


Kalau mereka kata, eh itu husband u la memang contest dalam akhbar, magazine, website sekian-sekian?


Katakan pada mereka, u salah orang kot………


Hmm……..


Memang ada orang macam tu. Sesetengah orang beri semangat. Sesetengah orang fokus kepada kelemahan.


Hujung minggu ni saya akan menyertai pertandingan foto. Hujung minggu satu lagi akan menyertai satu lagi, kalau menang dapat trip ke Jepun dan sebuah kamera DSLR.

Kalau menang apa bentuk hadiah pun, Alhamdulillah. Tak menang pun, saya bersyukur sebab dapat asah bakat.


Saya gemar bidang fotografi sejak sekolah menengah dulu. Saya join kelab fotografi dan masuk pertandingan masa form 4 kalau tak silap tahun 79. Menang tempat kedua. Foto saya yang menang ialah dua ekor belalang kunyit sedang bersatu tubuh di celah daun dan ranting bunga raya.


Balik dari Fiji, saya masuk pertandingan antarabangsa. Dan tak sangka, saya hanya pertama kali join dan hantar sebuah imej, tiba-tiba terima emel mengatakan bahawa foto saya akan masuk dalam buku setebal 300 halaman, Best of 2009 Photography. Dan yang menarik saya secara otomatik dicalonkan untuk menerima hadiah sebanyak beberapa ribu dolar Amerika kalau menang.


Kalau tak menang pun, imej saya dimasukkan dalam bukuj antologi bertaraf antarabangsa tu pun saya dah besyukur. Saya, orang Melayu. Selama ni bangsa etnik Malaysia seperti China je yang aktif dan membolot hadiah sana-sini. Bukan semangat keturunan tetapi kena buat sesuatu demi menaiktaraf maruah.


Beraksi menunjukkan teknik mengurut. Urutan tepi pantai di sebuah hotel terkemuka di Denarau Island, Fiji ini bertujuan menarik perhatian orang yang lalu lalang sebagai sejenis promosi. Ingat tak? Saya ialah seorang pengamal penjagaan kesihatan holistik dan saya mahir dalam bidang urut-mengurut. Dah baca buku saya VARIASI AROMATERAPI?


Malaysia boleh. Takkan nak biar golongan dari kaum etnik lain je yang menceburi bidang profesional termasuk fotografi. Orang Melayu tak boleh? Orang Melayu tiada yang berkebolehan?


“Berapa ramai jurufoto professional datang menunjukkan profile dan folio mereka. Satu pun saya tak minat.” Kata seorang teman yang tahu menilai keupayaan saya dalam bidang fotografi. Sampai-sampai dia hadiahkan saya sebuah kamera DSLR bernilai RM4,000 kerana berjaya merakamkan aktiviti-aktiviti beliau dengan ‘sempurna’.


Kamera itulah yang ada pada saya sekarang yang saya gunakan dalam tugas-tugas formal atau saya rakamkan imej untuk disimpan sebagai stok imej.


Saya bukan seorang professional. Tapi, seperti kerja-kerja lain, I am a fast learner dan saya mempunyai perspektif tersendiri dari sudut mengkomposisi serta mengolah imej. Manalah tau, kalau ada sesiapa yang bercadang pergi ekspidisi hutan atau di luar negara, bolehlah saya tolong ambil foto tuan puan. Terma, syarat dan upahnya boleh dibincangkan.


p/s Kerja kecil2an seperti tangkap foto wedding dan keramaian pun saya ambil juga.


Herbalis Bahrain, RH (AHG)

SEMBANG-SEMBANG HERBA

www.sembangherba.blogspot.com