Susah.
Kamus Dewan masih tak cukup istilah Inggeris atau bahasa asing yang diMelayukan. Saya selak buku Serangan Jantung saya dan saya dapati editor telah mengubah istilah asal yang saya gunakan iaitu degeneratif kepada keturunan (halaman 183, buku Serangan Jantung).
Wahai…………………..
Degeneratif bukan keturunan deok oi!
Bila saya katakan saya guna kamus perubatan DBP mereka tak terima.
Mereka kata, pembaca akan tertanya-tanya apabila menemui istilah-istilah yang diMelayukan dan tidak dijumpai dalam Kamus Dewan.
Sekarang.
Mengapa majalah-majalah Karangkraf menggunakan istilah-istilah yang tiada dalam Kamus Dewan. Karangkraf ialah syarikat induk kepada syarikat yang menerbikan buku saya Serangan Jantung.
Yang tiada dalam Kamus Dewan bukan bahasa ke?
DBP pula dari satu sisi, seperti yang pernah saya suarakan dari semasa ke semasa, agak perlahan dari segi mengemaskini istilah-istilah baru.
Lihatlah istilah-istlha Indonesia, walau pada kita banyak istilah pinjam tetapi istilah mereka evolving.
Hm……. Nak komen banyak pasal editor tak boleh. Mereka dah tolong banyak.
Manuskrip yang saya tulis memang disemak berkali-kali oleh saya. Saya sendiri menyemak ketika 3rd proofing, pun terlepas pandang istilah degeneratif telah diubah oleh editor kepada keturunan.
Dari sisi lain saya dapati editor (menjalani praktikal) kurang pendedahan kepada bahan-bahan bacaan berkaitan kesihatan.
Maksud degeneratif (asal: degenerative) ialah yang menyebabkan, berkaitan atau mempunyai sifat degenerasi (mengganggu dan merosakkan organ sistem tubuh) contohnya penyakit-penyakit berinflamasi (keradangan) termasuk pembentukan plak berlemak dalam arteri , arthritis. Penyakit-penyakit seperti diabetes dan kanser juga merupakan penyakit degeneratif.
P/S Bekerja dengan orang yang mudah berkomunikasi lebih mudah menjernihkan keadaan dan hasil yang lebih baik
SEMBANG-SEMBANG HERBA
www.sembangherba.blogspot.com












