Tag: ikan bakar, cili api, resepi, urut zakar
Kalau tunggu, tangguh2, memang tak tulis. Jadi, saya on laptop dan tulis.
Ia mengenai cili api. Cili api ialah genus cili bersaiz kecil. Kecil tapi memang pedas. Terdapat beberapa variety cioli api tapi cukup sekadar saya sebut yang biasa dijual di mana-mana iaitu cili api kampung dan cili api
Dalam coretan ini saya akan sebut cili api sahaja walau pun sebenarnya terdapat perbezaan dari segi rupa dan rasa antara kedua-dua cili tersebut.
Tahukah anda bahawa penagih dadah yang gian kerana keputusan bekalan dadah boleh menjadi ‘high’ dengan memakan cili mentah?
Pagi ini saya bangun dan bercadang untuk masak nasi lemak. Cek punya cek di dapur, saya dapati cili kering dah abis. Adakah saya perlu pergi ke kedai atau pasar? Tidak.
Saya buat keputusan gunakan cili api.
Memang dah lama saya tak tulis dalam weblog Resepi Cikgu Herba. Ni lah akibatnya. Banyak sangat buka weblog, weblog utama pun tak terlayan, apatah lagi yang kecil-kecil tu.
Kali ni saya tak tulis resepi secara sistematik. Sekadar berceloteh sekali lalu sahaja.
Ya. Ia mengenai penggunaan cili api dalam serba serbi masakan saya pada pagi ini.
Nasi Lemak
Saya masak nasi lemak. Resepi hari ini ikut suka hati saya. Selain santan segar (saya beli segar dan bekukan) dan sedikit garam gunung, saya bubuh serai dan bunga lawang. Hari ini resepi ini, hari lain mungkin akan buat sedikit modifikasi. Untuk lembutkan dan cantikkan nasi lemak, saya bubuh sedikit pure butter.
Haa….. Now giliran sambal tumis ikan bilis. Saya gunakan cili api. Bukan semua orang tahu dan pernah makan sambal tumis cili api jenis ini.
Kepada mereka yang mempunyai otak terbuka atau memang pernah makan sejak kecil, mereka tidak hairan.
Sambal Tumis
Sebab ketiadaan cili kering saya gunakan cili api sebagai ganti. Sepertimana menyediakan sambal ikan rumis ikan bilis dari cili kering, begitulah juga caranya saya menyediakan sambal tumis cili api.
Tahukah anda bahawa selain cilia pi, cili besar hijau juga boleh digunakan untuk buat sambal tumis?
Terdapat beberapa resepi yang tak banyak beza dalam menyediakan sambal tumis. Bahan yang biasa saya gunakan selain cili ialah ikan bilis kopek, bawang, sedikti garam gunung
Cara menumis yang berbeza juag menghasilkan sambal yang berbeza. Saya gemar tumis sedikit bawang (sediakan hirisn bawang lain untuk ditambah kemudian) dan kemudian dimasukkan cili. Kemudian digoreng sambal hampir garing.
Teknik masuk ikan bilis pun ada beberapa cara.
Hari ini resepi yang saya gunakan ialah blenderiza sedikit bawang, dua hiris halia, 1 ulas bawang putih dengan cili api (Bubuh sedikit air sahaja) separuh lumat. Kemudian masukkan ikan bliis dan blenderiza lagi. Saya berhentikan blender ketika masih ada bunyi lagi ketik ketik ketik. Ia menandakan masih terdapat ikan bilis yang belum hancur.
Saya panaskan minyak sawit (tidak sampai berasap) dan masukkan bahan-bahan yang saya blenderiza tadi. Saya masukkan garam sekadar untuk memudahkan bahan yang saya masukkan cepat masak. Say akacau bahan-bahan tersebut secara berkala.
Setelah beberapa minit apapila bahan-bahan tadi bertukar warna, saya masukkan perahan air asam jawa. Saya kacau lagi secara berkala. Apabila air asam jawa telah separuh sejat, saya masukkan sedikit gula merah dan kacau lagi. Saya matikan api beberapa minit kemudian.
Seperti saya katakan terdapat beberapa cara lain untuk menyediakan sambal tumis. Terdapat resepi yang langsung tidak menggunakan asam jawa. Hasil sambal tumis ialah kering atau garing. Sesetengah orang menggelarnya sambal kering.
Ikan Bakar
Saya menyediakan ikan bakar. Saya bakar dua ekor ikan cencaru dan dua ekor ikan kerisi yang bersaiz sederhana. Seperti orang lain saya tidak buang sisik. Dan. Saya tidak buang perut. Kebanyakan orang rasa geli apabila disebut membakar ikan tanpa buang perut. Ikut ugama, tidak ada apa-apa makan perut ikan.
Saya tidak makan perut ikan. Walau bagaimana pun, perut ikan yang tidak dibuang menyumbang esen yang melazatkan lagi ikan bakar saya.
Wah. Kalau sampai begitu kita berfikir, lebih baik buang perut ikan sebelum bakar.
Tahukah anda ikan dan sotong makan bangkai haiwan dan mayat manusia dalam laut? Seseorang yang perpengalaman pergi menyelam mencari mangsa helikopter terhempas di laut telah menceritakan bagaimana rupa mayat manusia yang sedang dilahap oleh sotong-sotong ketika mayat tersebut ditemui terikat rapi oleh tali pinggang keledar pada tempat duduk.
Sambal Cicah
Siap bakar ikan, saya sediakan sambal cicah. Nak tau? Saya ada pelbagai resepi sambal cicah ikan bakar yang lazat-lazat.
Antara bahan utama yang saya gunakan ialah kicap (perlu kicap yang sesuai, kalau tidak rasanya tak mari), bawang putih dan cili api. Kadang-kadang saya bubuh halia atau kulti kayu manis, atau akar ketumbar. Kadang-kadang saya bubuh serai.
GANGGUAN SEBENTAR: isteri saya baru menerima beberapa panggilan telefon kemudian saya dengar beliau bersungut, “Sibuk sebut helo, helo… ntah sapa-sapa ntah.”
Saya tanya orang lelaki atau perampuan? Isteri kata lelaki. Saya pun pegang telefon bimbit tunggu lagi kalau-kalau orang yang sama telefon. Selang beberapa saat kemudian telefon berdering. “Helo, itu daya survey (tidak begitu jelas), ke?” Bunyi suara lelaki Melayu.
Saya jawab, “Bukan. Maaf ye. Lain kali, kalauj awak telefon dan orang yang angkat kata bukan nombor yang anda dial, boleh tak jangan telefon lagi? Mungkin awak dial nombor yang salah……”
“Oh. Ok ok.”
Kejap lagi berdering lagi, Tapi hanya 2 saat dan sampai sekarang tak telefon lagi.
Hm……… cara guna telefon pun sebenarnya ada cara dan budaya tertentu. Jangan main langgar je. Tak tau tak pe. Tapi
Sambung cerita masak guna cili api. Sampai kat mana tadi?
Ok. Sambal kicap untuk cicah ikan bakar yang saya sediakan pagi ini ialah menggunakan bahan-bahan seperti 2 ulas bawang putih, 5 biji cili api, 1 hiris halia (semua ditumbuk luimat) dan ½ biji . Saya gabungkan dengan ¼ cawan kicap (ehem jenama tak boleh beritau, nanti advertise la pulak, walau pun untuk bebenda lain termasuk herba kadang-kadang memang saya kind of advertise untuk orang mudah cari) tomato masak. Saya masukkan 1 camca teh gula merah dan 1 sudu besar gula. Saya tambah 1 sudu besar cukap epal. Kemudian saya curahkan 2-3 sudu air panas menggelegak dan kacau (tak bubuh air panas, sambal cicah anda mentah, rasa tidak masak dan boleh sakit perut!).
Untung isteri saya
Saya dah siapkan nasi lemak, ikan bakar dan sambal cicahnya. Akhir sekali saya sediakan rojak sayur-sayuran.
Rojak sayur-sayuran
Saya ambil 4 biji kacang panjang, potong-potong dan rendam dalam air panas yang baru menggelegak (saya buat kerja stail multitasking, jadi say adah buat awal-awal tadi). Saya potong tomato kepada bentuk kiub. Saya potong 2 keping tahu goreng dalam bentuk kiub molek-molek. Saya hiris nipis-nipis pelepah celery impot. Saya potong 1 biji epal merah dalam bentuk kiub.
Kuahnya? Haa.. Yang ni special.
Hari Sabtu minggu lepas, sebaik-baik sahaja saya balik dari
Macam kuah sate Wak Samuri? Hehe. Tidak.
Kuah sate Wak Samuri tidak rasa sebarang jenis rempah, kacang tanah alat2 dan gula. Kuah sate Kajang yang lain? 2 X 5. Kalau anda kata kuah sate Wak Samuri lazat, itu hak anda. Memang ramai yang gemar makan sate Kajang, kalau tak masakan perniagaan mereka boleh berkembang dari semada ke semasa.
Jadi saya bubuh 2 senduk kuah kacang yang telah saya panaskan. Kuah kacang saya tahan berbulan-bulan. Pertama mungkin kerana teknik penyediaan, kedua teknik menyimpan.
Bagaimana saya simpan?
Saya simpan dalam tapewer kedap udara. Bukan itu sahaja, saya pindahkan kuah kacang selepas saya panaskan. Saya tidak masukkan segera ke dalam tapewer tetapi tunggu sampai suhu tinggi sikit dari suam kuku, 60 darjah C lebih kurang.
Setelah saya pindahkan dalam taperwer, saya bubuh 4-5 kuntum bunga cengkih. Bukan itu sahaja, Saya balut tapewer dengan beg plastik dan ikan dengan getah!
Dan…….saya tambah 3 biji cili api ditumbuk bersama kuah kacang untuk rojak buah-buahan saya. Saya panaskan 3 sudu minyak sawit dan masukkan cilia pi. Kemudian saya masukkan kuah kacang dan gaul hingga rata.
Wahh… dah masuk 5 halaman saya tulis. Sama panjang macam menulis mengenai ilmu seksualiti.
Terimakasih sebab spend masa baca, Saya menulis secara bebas untuk mahirkan otak flow secara creative, tanpa boundries.
P/S Cili api boleh digunakan untuk buat minyak urut. Try la. Panaskan ¼ cawan minyak sawit dan tambah ½ cili api. Elok untuk melegakan arthritis dan sembelit. Kalau sembelit, urut tapak kaki. Lagi? Hehe. Elok untuk urut zakar kepada mereka yang lemah syahwat atau untuk memantapkan ereksi. Tapi jangan urut sebelum kopulasi. Kena kurang2 jarakkan 1 jam sebelum bersatu tubuh.
P/S2 kalau ke Kota Bharu, saya biasa makan tengahari dengan ulam-ulaman dan ikan bakar. Di sana terdapat gerai-gerai yang menyediakan pelbagai jenis bahan-bahan untuk dicicah. Selain kuah kicap, saya campurkan denganm budu, tempoyak, hirisan cili api. Ulam-ulam segar seperti halia mangga dan pucuk bekoh membantu pengaliran darah yang superb. Hah... jika dan seorang suami, jangan lupa bawa isteri. Untuk makan dan kongsi kehebatan hasil makan ulam-ulaman segar, sambal cicah yang beraneka rupa dan rasa.
Herbalis
SEMBANG-SEMBANG HERBA
www.sembangherba.blogspot.com












