PENAFIAN: Berikut ialah sebahagian dari isi buku saya berjudul Influenza H1N1 yang bakal terbit pada Januari 2010. Ia dipaparkan di dalam weblog ini sebagai bahan pendidikan dalam usaha membantu anda menjadi seorang yang berpengetahuan (informed citizen). Ia tidak boleh disalahertikan sebagai diagnosis atau nasihat doktor. Jika anda mengalami sebarang masalah berkaitan kesihatan sila dapatkan perhatian doktor. Dengan ilmu dan kepakaran dalam menganalisa, penulis telah sedaya upaya mempastikan ilmu yang disampaikan memberi manfaat kepada anda. Walau bagai mana pun, penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kerugian hasil penggunaan maklumat dalam tulisan ini.
tags: vaksin H1N1, vaksin selsema babi
Pengenalan
Apakah yang dimaksudkan dengan vaksin? Vaksin ialah sejenis bahan yang diperbuat dari bakteria atau virus yang lemah atau telah mati. Ia juga diperbuat dari sebahagian dari anggota mikrob tersebut. Apabila ia digunakan (diinokulasi) pada tubuh manusia, sistem kekebalan akan bertindak membina antibodi terhadap virus tersebut. Sistem kekebalan akan menyerang dan memusnahkan ketika ia berhadapan dengan mikrob yang serupa pada masa hadapan.
Kalau begitu, vaksin untuk mencegah influenza A (H1N1) perlulah diambil oleh setiap orang? Siapa yang rela untuk menghidap flu tersebut yang kalau silap hari bulan boleh menyebabkan kematian?
Pembuatan vaksin
Kebanyakan peroses pembuatan vaksin bermula dengan pembiakan virus di dalam telur ayam. Setelah membiak, virus dipindahkan dan bahan-bahan yang tidak dikehendaki diasingkan supaya hasil akhir hanya virus yang dikehendaki. Kemudian, virus dirawat supaya ia tidak boleh bereplikasi. Inilah yang dimaksudkan atenuasi (attenuated). Proses tersebut melibatkan kaedah merosakkan gen. Hasilnya, virus yang dirosakkan secara genetik tersebut kurang berpotensi menyebabkan penyakit kepada mereka yang disuntik.
Proses sterusnya ialah memasukkan virus ke dalam sejenis larutan teremulsifikasi. Bahan utama larutan tersebut biasanya menggunakan squalene. Ia adalah sejenis bahan precursor (sejenis bahan kimia yang digunakan untuk membina bahan kimia lain) yang dibina dalam tubuh digunakan untuk membina kolesterol.
Mengapa squalene digunakan sebagai bahan pelarut? Squalene memang sejenis bahan semulajadi yang dibina dalam tubuh. Walau bagaimana pun, squalene dalam bentuk adjuvant yang masuk ke dalam tubuh dengan cara suntikan menyebabkan peningkatan aktiviti sistem kekebalan terhadap vaksin. Ini bermakna penggunaan squalene tidak memerlukan jumlah virus yang tinggi dalam pembuatan vaksin. Kekesanan tinggi pada kos yang rendah. Ia meningkatkan margin keuntungan!
Hari ini, teknologi pembuatan vaksin semakin maju. Suatu masa dahulu vaksin diperbuat dari seluruh anggota virus tetapi dengan kemajuan teknologi, hanya selaput protein virus digunakan. Sistem kekebalan akan mengenalinya seperti mana anda mengenal ibu anda dari arah belakang tanpa melihat wajahnya dengan hanya melihat pakaian yang beliau pakai.
Kesan positif
Suntikan vaksin memang memberi kesan positif kepada seseorang dari segi bagaimana sistem kekebalan dapat mengenali virus atau bakteria yang serupa dari segi biokimia dengan patogen yang terdapat dalam vaksin yang disuntik. Ini berlaku kerana sistem kekebalan spesifik mengenalpasti bahan-bahan kimia pada tubuh atau bahagian tubuh virus lalu membina antibodi. Pada masa hadapan, antibodi akan menangkap virus yang mempunyai sifat biokimia yang serupa dengan yang pernah ditemui.
Gabungan antibodi dengan virus menyebabkan virus tidak boleh bergerak menuju sel-sel sihat untuk dijangkiti. Virus kemudianya dimusnahkan oleh sel-sel phagocytes dengan menggunakan proses phagocytosis.
Apa akan berlaku jika virus bermutasi? Mutasi menyebabkan jenis bahan kimia atau susunan struktur kimia pada virus berubah. Hasilnya, antibodi yang dibina untuk menangkap virus dengan sifat yang telah diepelajarinya tidak lagi berkesan. Apabila antibodi tidak dapat menjalankan tugasnya dengan sempurna bermakna keadaan tersebut mengurangkan kecekapan sistem kekebalan lalu menyebabkan seseorang mudah mengalami infeksi.
Kesan negatif
Suntikan vaksin menyebabkan salah satu jentera sistem kekebalan dikenali sebagai immunoglobulin A (IgA, sejenis antibodi yang dibina oleh sel B)) yang siap sedia sepanjang masa berada pada selaput mukus tidak perlu bekerja. Hasilnya menyebabkan anggota-anggota sistem kekebalan yang lain seperti pelbagai jenis antibodi yang lain berfungsi pada tahap yang melampaui batas.
Beberapa jenis bahan tambahan dalam kategori adjuvant yang dijadikan sebagai sebahagian komponen vaksin selain virus dikatakan terdiri dari bahan-bahan bertoksin seperti ethylene glycol (digunakan sebagai bahan antibeku untuk kegunaan radiator kenderaan), phenol, formaldehye (formalin dikenali sebagai ubat keras). Beberapa jenis antibiotik seperti neomycin dan streptomycin juga digunakan. Adjuvant dalam kes ini ialah bahan tambahan dalam vaksin digunakan bertujuan meningkatkan aktiviti sistem kekebalan terhadap vaksin.
Bahan adjuvant yang biasa digunakan dalam pembuatan vaksin ialah squalene. Dr Meryl Nass, seorang yang bertanggungjawab terhadap pembinaan vaksin anthrax menyatakan bahawa vaksin yang dibangunkan oleh syarikat seperti Novartis dan GlaxoSmithKline menggunakan squalene sebagai adjuvant. Ia membantu meningkatkan aktiviti sistem kekebalan. Hasilnya, paras virus yang perlu digunakan untuk pembuatan vaksin berkurangan secara ketara. Selanjutnya beliau manyatakan penggunaan squalene bertujuan vaksin boleh dihasilkan pada kadar yang lebih cepat. Berita terkini saya terbaca di laman web CNBC News menyatakan pembuatan vaksin perlahan kerana virus H1N1 lambat membiak dalam telur ayam!
Kesan fisiologi hasil pengambilan squalene (dari minyak ikan yu) melalui mulut diambil sebagai suplemen tidak serupa dengan pengambilan dengan cara suntikan. Squalene yang bercampur dengan minyak zaitun misalnya memberi kesan positif kepada tubuh manusia termasuk menyumbang sifat antioksidan. Sebaliknya, squalene yang masuk ke dalam tubuh melalui suntikan ialah squalene sintetik yang telah berubah dari segi jenis bahan atau susunan struktur kimia. Syarikat Novarti dikatakan menggunakan squalene terubahsuai dengan kod MF59 dan syarikat Glaxo menggunakan squalene terubahsuai dengan kod ASO3 dalam pembuatan vaksin H1N1 mereka.
Squalane yang terdapat dalam tubuh tidak menimbulkan tindakan kekebalan. Seperti disebutkan dalam tulisan-tulisan saya, sistem kekebalan mudah menyerang bahan-bahan kimia yang bukan yang dimiliki oleh tubuh termasuk bahan-bahan dalam bentuk tidak semulajadi. Squalene sintetik yang diubahsuai bukanlah sejenis bahan kimia semulajadi. Sistem kekebalan dikatakan membina antibodi terhadap squalene sintetik yang ditemui hasil suntikan vaksin. Kemudian, sistem kekebalan akan berusaha untuk memusnahkan molekul tersebut di mana pun ia berada dalam tubuh.
Saintis mendapati veteran-veteran perang teluk memiliki sejenis antibodi squalene. Ia dipercayai berpunca dari suntikan vaksin anthrax ketika mereka bertugas di kawasan teluk (perang Iraq di Timur Tengah). Pihak Jabatan Pertahanan Amerika menafikan penggunaan squalene (sintetik) dalam vaksin anthrax yang disuntik kepada anggota tentera. Sebaliknya beliau mengaku Aluminium digunakan sebagai adjuvant. Beliau tidak mengaku wujudnya penyakit berkaitan penggunaan adjuvant.
Pembinaan antibodi squalene dipercayai menjadi punca Gulf War Syndrome. Sistem kekebalan bukan sahaja menyerang squalene sintetik malahan diperayai juga menyerang squalene semulajadi. Squalene semulajadi terdapat pada jumlah yang tinggi dalam otak dan saraf. Tindakan autoimmune ini menyebabkan gangguan terhadap fungsi saraf yang dikaitkan dengan Gulf War Syndrome.
Simtom-simtom Gulf War Syndrome termasuk antara lain ulser, arthritis, diarea kronik, lesu dan saki kepala, mudah pitam, fibromyalgia (sakit otot), kehilangan memori, moo dbertukar, multiple sclerosis, masalah psikiatri, ruam, masalah kulit, kulit sensitif kepada cahaya dan lupus seluruh tubuh. Simtom-simtom tersebut serupa dengan simtom mereka yang terdedah kepada gas saraf.
Soalan sekarang ialah: Bagaimana antibodi squalene boleh wujud pada bekas-bekas askar perang Teluk sedangkan pihak kerajaan Amerika menafikan penggunaannya dalam vaksin anthrax?
Kajian tidak dijalankan untuk kesan sampingan adjuvant
Akhbar online New York Time melaporkan pada Oktober 7, 2009 bahawa hasil bancian University of Michigan mendapati 60% ibu-bapa yang dibanci tidak akan menjalani inokulasi H1N1 pada anak mereka. Salah satu punca utama ibu bapa Amerika tidak berminat kerana mereka percaya bahawa penggunaan vaksin mungkin boleh membawa kemudaratan kepada diri seseorang.
Sesetengah golongan skeptik terutama saintis-saintis alternatif dan pakar penjagaan kesihatan alternatif/holistik melaung menyampaikan pesan mengenai potensi kesan sampingan penggunaan vaksin seperti mengalami Gulf War Syndrome atau Sindrom Guillain-Barré seperti dialami oleh mereka yang disuntik vaksin pada tahun 1976 Simtom-simtom Gulf War Syndrome telah dipaparkan di atas manakala Sindrom Guillain-Barré boleh menyebabkan seseorang mengalami kelesuan dan lumpuh.
Saintis dan pakar penjagaan kesihatan alternatif mengatakan vaksin H1N1 tidak menjalani ujian terhadap kesan sampingan adjuvant yang terkandung dalam vaksin. Ujian sekadar dijalankan mengenalpasti kesan sampingan penggunaan vaksin jangka pendek. Dan setakat ini adjuvant yang digunakan dalam pembuatan vaksin menjadi rahsia walau pun terdapat berita seperti yang dinyatakan oleh Meryl Nass bahawa squalene digunakan.
Sesetengah saintis alternatif mengatakan kesan penggunaan vaksin ialah ‘Sembuhkan Penyakit, Bunuh Pesakit”. Kenyataan mengatakan vaksin tidak menjalani ujian ditolak oleh pengarah Centers for Disease Control and Prevention, Amerika Syarikat, Dr. Thomas R. Frieden. Beliau menyatakan bahawa penyediaan vaksin H1N1 menjalani proses yang serupa dengan penyediaan vaksin selsema bemusim di mana strain pemula dicipta, kemudian ia dibiakkan dan menjalani proses permurnian. Proses yang dijalankan adalah sama perlahan dengan yang dijalani oleh penyediaan vaksin selsema bermusim. Tambah beliau lagi bahawa ujian klinikal yang dijalankan bermula pada bulan Ogos 2009 menunjukkan ia tidak memberi kesan sampingan serius sepertimana vaksin selsema bermusim. China melaporkan bahawa dari 39,000 orang yang menerima vaksin bermula September 4 2009, hanya 4 orang yang mengalami kesan sampingan termasuk kekejangan otot dan sakit kepala.
Seperti yang dilaungkan oleh saintis-saintis alternatif, ujian klinikal vaksin H1N1 hanya tertumpu kepada mengesan kesan sampingan hasil penggunaan jangka pendek.
Berita lain yang menyedihkan ialah kerajaan Amerika memberi imuniti kepada pengilang-pengilang vaksin supaya tiada siapa boleh menyaman mereka jika berlaku sebarang masalah kesihatan yang dipercayai berpunca dari penggunaan vaksin H1N1.
Pendirian anda
Jika ada orang atau pihak yang mengatakan tiada pilihan lain selain dari penggunaan ubatan moden seperti tamiflu dan penggunaan vaksin bertujuan mengatasi dan menghalang infeksi flu H1N1, maka pada pandangan saya mereka melakukan kezaliman kerana membendung fikiran orang lain daripada memperolehi pilihan atau alternatif lain yang difikirkan berkesan dan jauh lebih selamat.
Seseorang perlu memiliki kebebasan untuk menjadi seorang yang berpengetahuan. Orang yang berpengetahuan tidak terkongkong oleh sesuatu jenis ilmu malahan mereka biasa melakukan analisa dan membuat keputusan berdasarkan kepelbagaian ilmu yang mereka miliki. Orang yang kaya dengan ilmu tidak mudah diperbodoh-bodohkan dan tidak mudah dicocok hidung.
Orang kaya dengan ilmu menjadikan diri mereka bertanggung jawab terhadap tindak tanduk mereka sendiri. Mereka tidak terlalu terikat kepada hanya sebuah sumber atau pihak ketika menganalisa atau membuat keputusan. Ilmu dalam dunia ini hanya bersifat relatif. Tiada satu pun boleh dianggap paling betul. Ia hanya boleh disebut sebagai betul secara relatif berdasarkan elemen-elemen yang menyokongnya. Jika sesuatu ilmu dilihat dari perspektif yang berbeza atau bidang yang berbeza, perbezaan relatif dapat dikesan kepada mereka yang memiliki ilmu. Oleh itu, Ilmu merupakan suatu elemen yang dinamis. Ilmu yang diterima sebagai benar sebenarnya sentiasa boleh diuji atau diukur untuk menentukan samada ia benar-benar benar atau sebaliknya. Sesiapa yang memberbaiki diri sentiada mendalami pelbagai ilmu, mereka beruntung. Kepada mereka yang tidak, mereka merasakan diri serba lengkap.
Antara fakta penting untuk dianalisa menunjukkan bahawa ujian klinikal bermula pada Ogos 2009 yang ditaja oleh National Institute of Allergy and Infectious Diseases (NIAID), Amerika Syarikat menunjukkan vaksin yang digunakan ialah dari jenis unadjuvanted. Sementara pada masa yang sama, pengeluar vaksin iaitu syarikat Norvatis menjalankan ujian menggunakan vaksin mengandungi Novartis MF59® (sila semak perbincangan di atas yang menunjukkan bahawa MF59 merujuk kepada squalene sintetik). Untuk keterangan lanjut sila klik pautan-pautan berikut:












