tag: kayu tiga, degil, nafsu
“Abang tak pergi mana-mana. Minum kopi di lobi hotel je dengan dia.” Itulah kenyataan yang isteri dengar dari mulut suami.
Isteri percaya.
Setiap bulan, gaji suami yang RM6,000 tak pernah cukup. Tinggal 400 dalam akaun. Suami bayar hutang loan termasuk hutang along. Makan minum, bil air api isteri yang tanggung. Dulu, isteri memang menerima gaji RM10,000 sebulan. Masa tu isteri tak kisah. Nak beli apa, nak berbelanja memang ikut selera. Apa yang suami buat, isteri tak kisah. Sebabnya satu je. Isteri sayang keluarga, sayang suami.
Hari ini isteri hanya menerima gaji RM2,000. Itu pun berkat belas ikhsan seorang taukeh tempat dia bekerja paling akhir. Guna nama jadi director, diberi kereta sebiji dan terima alaun bulan-bulan.
Dulu, arwah ayah isteri pernah tegur. Masa tu isteri dan suami baru kawin. Kawan arwah ayah pernah jumpa suami di tempat errr tempat orang main snooker. Bukan stakat main, tetapi berjudi.
Isteri tak pernah termakan cakap mak ayah. Sebaliknya isteri menjauhkan diri dari mak ayah selama bertahun-tahun. Yelah. Suami yang rapat dengan isteri bertahun-tahun sebelum kahwin. Suami yang lebih faham keperluan isteri sebelum dan ketika berumahtangga.
Hari ini timbul tembelang lepas satu, satu.
“Kakak. Dia (suami) beritahu saya, saya orang ke 13.”
Dulu, dari dulu isteri susah nak percaya cakap sesiapa.
“Kakak, saya pernah gugurkan kandungan akibat benih suami kakak.”
Wah. Lagila sakit hati. Sebab suami rupa-rupanya main kayu tiga. 13 orang pulak. Dan buat seseorang pernah mengandung. Buang pulak tu.
Sekarang, hati isteri remuk redam. Tapi seperti dulu, isteri tetap sayang suami. Walau pun dah tahu suami layan wanita lain, seramai 13 orang, isteri tetap cinta pada suami.
Mengapa isteri cukup sayang pada suami?
Isteri seorang dan Allah je yang tahu.
Menurut adik isteri, isteri ialah seorang yang buat keputusan ikut emosi. Hati dia mudah lembut. Malam kelmarin, isteri membonceng motor suami ke KL, pergi makan-makan.
Esok lusa, isteri akan telefon lagi wanita ke 13 yang digilakan oleh suami.
Wanita tersebut sebenarnya seorang janda. Tak la lawa, menurut isteri. Badan besar. Isteri of course compare dengan diri dan tubuh sendiri. Isteri putih, lawa dan tubuhnya dia yang lebih tahu. Walau pun umurnya 3 tahun lagi mencecah 50, kulit masih licin dan secara keseluruhan bergetah. Mampu menggoncang hati kebanyakan lelaki golongan tua mahu pun remaja tua.
Puas hati isteri bila dapat compare. Puas hati isteri apabila dapat kepastian bahawa dia yang lebih cantik. Puas hati isteri dia ada poin untuk tarik semula hati suami.
Sepanjang berumahtangga selama lebih dua dekad, makan minum suami dia jaga. ‘Dalam rumah semua cukup’. Petua ‘air tangan’ sentiasa dipastikan dipraktikkan. Tapi, suami sudah tidur dengan 13 wanita.
Aduh.
Beberapa mingu lalu, suami merengek minta kawin dengan wanita ke 13. Bukan sekali. Beberapa kali rengetan dilakukan suami.
Behenti sebentar. Saya minum 1 sudu besar cuka epal, ½ sudu garam gunung Himalaya yang dibancuh dengan ½ cawan air masak. Sekarang jam 8:00 am.
Tiga hari yang lalu, isteri dan suami duduk semeja membincangkan mengenai kehendak suami.
“Awak tahu tak, duit rokok, duit belanja hari-hari selama ni akak yang support tau?”
Berubah muka wanita ke 13.
“Awak ni kenapa memalukan saya depan orang?” bisik suami pada isteri.
“Nak malu apa. Memang betul. Kenyataan. Nak sorok apa lagi.” Isteri sedang sedaya upaya berusaha menarik suami supaya kembali kepadanya 100%.
Baru-baru ini wanita ke 13 dengarnya berkawan dengan seorang lelaki lain. Suami cemburu. Dia memberitahu isteri mengenai rasa cemburu tersebut kepada isteri.
Terbakar hati isteri.
“Orang macam tu abang nak buat bini?”
Suami tidak menjawap barang sepatah.
“Kalau abang kawin, abang dapat pastikan dia akan setia pada abang?”
Dan……
“Sah abang tahu dia ikut jantan lain. Pun abang nak pi jilat (beeep) juga?”
Suami tidak menyahut.
“Sekarang pun entah dia orang beeeep pagi petang siang malam, macam tu abang nak buat bini?” Cinta pada suami, tapi tak lalu, tak tergamak benarkan suami terus melahap tubuh wanita lain. 13 wanita!
Ketika merengek, suami beritahu isteri setahun lebih lagi EPFnya boleh keluar, ada 100 lebih dalam akaun.
“Tak payahlah bang. Seratus lebih sekelip mata boleh habis kalau abang teruskan perangai macam ni.”
Pada beberapa kesempatan, isteri meluahkan rasa geramnya. “Abang pilih dia atau saya. Kalau gilakan sangat dia, lepaskan saya.”
“Abang tak akan lepaskan awak. Awaklah isteri dunia akhirat………..”
Isteri dunia akhirat. Isteri dunia akhirat? Bukan sekali. Dah banyak kali dia dengar ungkapan tersebut dari mulut suami.
Isteri tidak terfikir, ikut gila suami, suami akan menikah di Siam pada bila-bila masa. Keadaan berubah apabial masa berubah. Suami telah beratus kali ‘bertaubat’, melutut, menangis depan isteri atas kesalahan-kesalahan yang dilakukannya terhadap isteri. Setiap kali taubat, diam-diam suami teruskan juga buat benda yang sama.
Isteri lurus.
Isteri tak mudah termakan cakap orang.
Tak termakan cakap orang walau pun baru hari ini tahu suami telah meniduri 13 orang wanita.
p/s Berdasarkan cerita asal. Dialog-dialognya juga dipaparkan sebagaimana yang disampaikan.
Herbalis Bahrain, RH (AHG)
SEMBANG-SEMBANG HERBA
www.sembangherba.blogspot.com
"Ya Allah, ajarkanlah kepada kami apa yang bermanafaat bagi kami, berikanlah manafaat kepada kami dengan apa yang Engkau ajarkan kepada kami dan berikanlah tambahan ilmu kepada kami. Kami memuji-Mu, ya Allah atas segala keadaan, dan kami berlindung kepada-Mu dari keadaan para penghuni neraka."
[3:45 PM
|
]












