"Ya Allah, ajarkanlah kepada kami apa yang bermanafaat bagi kami, berikanlah manafaat kepada kami dengan apa yang Engkau ajarkan kepada kami dan berikanlah tambahan ilmu kepada kami. Kami memuji-Mu, ya Allah atas segala keadaan, dan kami berlindung kepada-Mu dari keadaan para penghuni neraka."
only search Sembang-sembang Herba
| ]
Share

labels: sukar mencapai orgasme, teknik bersetubuh, teknik bercumbu, kebahagiaan suami-isteri, teknik mencapai orgasme

PERHATIAN: Coretan berikut mengandungi penerangan yang eksplisit mengenai seksualiti. Walau pun ia bertujuan untuk pendidikan namun terdapat individu yang akan mendapati isi dan istilah-istilah yang digunakan tidak mententeramkan jiwa. Jika anda rasa tidak selesa sila ketik mana-mana pautan di sebelah kanan web blog ini untuk membaca topik-topik lain. Terimakasih atas kerjasama anda.

Menurut kebanyakan pelbagai cabang sains dan beraneka kamus, orgasme ialah istilah merujuk kepada poin di mana ketegangan dilepaskan dalam bentuk kenikmatan serta pengecutan otot secara tidak terkawal.

Pada saya, definisi mudah untuk orgasm ialah kenikmatan paling tinggi dialami oleh seseorang ketika melakukan seks atau kelakuan yang menyebabkan seseorang b oleh mencapai orgasme. Samada ia diiringi oleh pengecutan otot atau tidak, tidaklah begitu penting walau pun ia berlaku pada setiap orang pada kadar yang berbeza.

Orgasme terbahagi kepada empat fasa: kebangkitan nafsu berahi, klimaks, orgasme, dan resolusi.

Kebangkitan nafsu berahi

Fasa ini kadang-kadang dikenali sebagai ‘stim’ (slanga). Ia merupakan gabungan kebangkitan mental dan perubahan fisikal. Perubahan-perubahan yang berlaku termasuk kadar denyutan jantung meningkat, bernafas pada kadar yang pantas, rasa darah menyirap ke muka dan kepala, tekanan darah meningkat, kesinsitifan pada alat kelamin meningkat, penis berereksi, klitoris bereksi, vagina dirasakan menebal dan mengeluarkan bendalir. Pada sesetengah keadaan, kaum lelaki juga mengeluarkan air mazi ketika fasa ini.

Klimaks

Dalam bahasa Inggeris, fasa kedua dikenali sebagai plateau. Plateu ialah sejenis fasa yang dialami sebelum seseorang mengalami orgasme. Biasanya, pada fasa ini, seseorang akan mengalami ketegangan seksual dan otot yang lebih hebat dari fasa pertama di atas. Semua orang mengalami kenikmatan ketika fasa ini tetapi kenikmatan yang dialami berbeza bergantung kepada pelbagai faktor termasuk mood, suasana, hubungan, tahap kesihatan mental dan fisikal.

Sesetengah orang mengalami tempoh kenikmatan yang pendek pada kebanyakan masa. Yang lain pula mengalami kenikmatan pada tempoh yang lebih panjang. Golongan lelaki dan wanita mengalami kenikmatan yang jauh lebih hebat pada pada fasa ini. Walau bagaimana pun, jika mereka berhenti dari melakukan seks atau perbuatan yang merangsang kebangkitan nafsu, kebanyakannya akan merasa tidak puas.

Rasa tidak puas melakukan seks sangat ketara kepada mereka yang sudah biasa mengalami fasa yang paling hebat iaitu fasa seterusnya, orgasme.

Pada fasa ini, sesetengah lelaki dan wanita mengeluarkan cecair seksual dari kemaluan. Sesetengah kaum lelaki dan wanita akan mengeluarkan cecair seksual yang banyak. Ia bergantung kepada pelbagai faktor termasuk jenis rangsangan, mood, suasana, gred hubungan dan lain-lain. Kaum lelaki boleh berejakulasi (tidak sempurna sebagaimana ketika orgasme) ketika fasa ini dan boleh menyebabkan isteri mengandung.

Pernahkah anda dapati zakar suami tiba-tiba mengembang dan menguncup lalu beliau mengeluarkan zakar dari vagina anda? Proses kembang kuncup tersebut ialah orgasme kecil ketika fasa klimaks dan kadang-kadang zakar suami anda mengeluarkan sperma.

Orgasme

Orgasme ialah puncak kepada adegan seks suami isteri. Orgasme yang sempurna menyebabkan seseorang mudah tidur lena, menjadi lebih kreatif dan fokus terhadap tugas-tugas harian.

Apa yang berlaku ketika seseorang berorgasme?

Kenikmatan seksual dialami pada tahap yang paling tinggi. Pada kebanyakan keadaan, otot-otot tubuh mengeras. Kekejangan dan pengecutan otot secara tidak terkawal berlaku pada beberapa bahagian tubuh termasuk perut, kaki, dubur, tangan dan otot belakang.

Orang lelaki akan berejakulasi ketika mengalami orgasme. Setiap pancutan sperma akan diiringi dengan rasa nikmat dengan pengecutan otot-otot pelvis dan bahagian dubur.

Sesetengah lelaki mengalami orgasme dan berejakulasi dengan kenikmatan dalam bentuk sejenis pakej. Mereka mengalami rasa nikmat yang tidak terhingga tidak kira samada otot-otot yang disebutkan mengecut atau tidak.

Pada sesetengah wanita, otot-otot vagina rehat dan mengecut berulang kali secara pantas. Begitu juga otot-otot rahim.

Orgasme menyebabkan otak merembis endorphins iaitu sejenis bahan kimia yang memberi rasa puas dan gembira. Cuba kira berapa kali anda dan suami ketawa selepas sama-sama berorgasme. Rasa benar-benar puas ini dialami hanya beberapa saat sahaja yang bergabung dengan keseluruhan orgasme atau penghujung orgasme.

Tahap orgasme yang dialami oleh seseorang berbeza menurut masa dan keadaan. Pada masa tertentu, anda iaitu isteri mungkin rasa bagai hampir putus nafas kerana mengalami kenikmatan yang tidak terhingga. Pada masa lain, ia biasa-biasa sahaja.

Begitu juga dengan kaum lelaki. Kadang-kedang mereka menunjukkan rasa ghairah dan puas ketika berorgasme dan jika ‘azl (berejakulasi di luar) mereka memancutkan (memancarkan) sperma yang seolah-olah berjumlah bersudu-sudu. Pada masa lain meraka sekadar melelehkan seperma di kepala zakar pada jumlah yang sedikit. Anda mungkin berkata secara spontan dan rutin, “Sikit je. Abang puas ke?”

Suami anda akan memberitahu samada puas atau tidak. Kadang-kadang mereka sekadar melelehkan seperma tetapi mereka rasa sangat puas.

Resolusi

Resolusi ialah fasa di mana tubuh dan mental seseorang kembali kepada keadaan sedia kala. Keadaan ini bukan sahaja boleh dialami oleh seseorang yang telah puas melakukan seks dengan contohnya melakukan orgasme tetapi boleh dialami ketika fasa-fasa awal. Faktor-faktor seperti suami kurang gagah dan mood bertukar booleh menyebabkan adegan seks terbantut.

Orgasme luar vagina

Terdapat beberapa teknik berorgasme di luar vagina. Terdapat suami yang gemar isteri melocok zakar. Sesetengahnya suka lakukannya sendiri. Sesetengah yang lain gemar melakukan secara bersama contohnya suami locok dan isteri urut buah zakar atau menciumi bahagian anggota tertentu. Sesetengah suami gemar melakukan perkara-perkara yang disebutkan secara bergantian.

Sesetengah yang lain suka melakukan perkara yang mungkin dianggap pelik oleh orang iaitu melocok zakar antara dua payudara isteri dan berejakulasi. Sesetengahnya gemar dioral oleh isteri. Yang lain pula gemar menggesekkan zakar antara dua alur punggung isteri (isteri meniarap) hingga berejakulasi.

Teknik cabut zakar menyebabkan suami yang pakar akan mengalami dua fasa iaitu berorgasm sebelum mengeluarkan zakar dan ketika dilocok di luar vagina. Sesetengah isteri mengalami orgasme lantujan ketika melocok zakar suami. Sesetengah isteri pula boleh mencapai orgasme kecil tanpa penetrasi zakar ke dalam vagina. Dengan melancapkan zakar suami, mereka boleh sama-sama mencapai orgasme.

Sedikit mengenai teknik mencapai orgasme

Sesetengah wanita sering dan mudah mencapai orgasme setiap kali melakukan seks dengan suami. Yang lain pula jarang mencapai orgasm sepanjang tempoh perkahwinan. Salah satu punca ialah kurang komunikasi.

Sesetengah isteri menletakkan syarat suami mesti mencapai orgasme secara serentak dengan dirinya. Syarat ini kadang-kadang tidak dapat dipenuhi oleh suami. Oleh sebab suami sering mengalami orgasme pada tempoh yang lebih lambat dari yang dialami oleh isteri, isteri akan berpura-pura mengalami orgasme. Kepada isteri yang kurang perihatin, dengan beralasan tidak nikmat mengadakan hubungan seks, mereka akan secara perlahan-lahan menolak permintaan suami setiap kali suami ingin meolakuikan hubungan seks.

Sesetengah isteri jika tidak puas mengadakan hubungan seks, contohnya kerana tidak capai klimaks atau tidak capai orgasme akan melepaskan geramnya terhadap orang lain. Sesetengahnya menjadi seorang yang kurang siuman dengan memarahi rakan sekerja dan anak-anak tanpa sebab. Puncanya ialah masalah komunikasi atau suami terlalu ‘domineer’. Sesetengah isteri lain jika mengalami keadaan yang sama hanya mendiamkan diri, tetap sayang pada suami dan redha.

Sesetengah isteri terlalu ‘buas’ dalam bilik tidur menyebabkan suami tidak terlayan. Mereka boleh mengalami orgasme berkali-kali sedangkan suami mungkin kurang atau tidak merasa apa-apa. Hubungan jenis ini, suami kena mengalah dan cari jalan supaya sentiasa mengalami ereksi sempurna sepanjang adegan suami isteri.

Sesetengah suami gemar melihat isteri mengerang atau menjerit (pastikan tiada orang di rumah atau tidak didengari jiran!). Suami akan rasa teruja dan boleh mengalami orgasme secara serentak dengan isteri. Beliau boleh membiarkan isteri mengalami orgasme berkali-kali dan akan akan berorgasme jika beliau dapati telah puas berdayung bersama isteri.

Sesetengah isteri mudah mencapai orgasme pada masa yang sangat singkat. Jika mereka boleh mengalami multiple orgasme, suatu rahmat kepada suami. Jika mereka merasa puas dan tidak merasa apa-apa, suami akan mengalami masalah. Jika ini berlaku, antara cara yang suami boleh lakukan ialah melancap hingga mencapai klimaks (isteri perlu menyedari kekurangan diri dan membantu suami) dan melakukan penetrasi.

Untuk mengetahui teknik-teknik membantu isteri capai orgasme dengan kenikmatan yang tinggi, sila baca: ISTERI SUKAR BERORGASME

Adakah orgasme perlu dialami untuk semua keadaan?

Bergantung kepada kehendak anda. Sesetengah orang terlalu mementingkannya tidak kira keadaan dan masa. Ia sangat menyakitkan. Bukan sahaja memudaratkan diri sendiri malahan terhadap pasangan.

Kebanyakan pasangan yang telah lama berkahwin dan mempunyai sikap matang, mereka hanya melakukan hubungan seks sekali sekala sahaja. Kekerapan hubungan seks yang kurang menyebabkan mereka menumpukan perhatian sepenuhnya ketika melakukannya. Kepada yang cekap, mereka akan capai orgasme sempurna atau hampir sempurna setiap kali mengadakan hubungan seks.

Pada keadan dan masa tertentu sesetengah suami sekadar cukup diberi perhatian seperti menerima urutan (atau gentelan dari isteri) dan tidak semestinya ditamatkan dengan orgasme.

Akhir sekali, dunia ini kita yang mencorakkannya. Kehendak setiap orang itu berbbeza. Jika kita bijak memilih sikap yang perlu diarahkan untuk memenuhi keperluan seksual, kita juga akan hidup terus bahagia. Mungkin, mungkin sikap sihat yang palung sesuai dalam menanggapi seks ialah tidak terlalu menggantungkan harapan tinggi kepada kekerapan melakuikan seks, layanan isteri dan tahap orgasme.

Jawapannya ada pada sikap fleksibel atau bertolak-ansur, sikap meghormati dan menyayangi.

Herbalis Bahrain, RH (AHG)

SEMBANG-SEMBANG HERBA
www.sembangherba.blogspot.com


------------------------------------------------------------


hotel tamarindo costa rica