labels: kerukunan rumah tangga, akhlak suami-isteri, isteri berugama, suami berugama, perkahwinan
Suami memang bergaji besar. Lebih RM10 ribu sebulan.
Isteri mula naik tocang, ambil kesempatan.
Selama lebih 10 tahun berkahwin, suami jarang-jarang dapat belaian mesra dari isteri.
Mengapa?
Perwatakan isteri yang semulajadi kasar, dari segi bahasa dan sikap. Itulah puncanya.
Isteri suka joli katak. Suami sebenarnya memiliki sebuah kedai menjual barangan hasil kraftangan. Kadang-kadang hasil jualan lumayan. Bulan-bukan tertentu, modal pun tak pulang.
Sejak beberapa bulan kebelakangan, jualan merudum. Suami kena keluar duit poket RM2 ribu sebulan untuk tampung sewa kedai.
Isteri tak bayar sewa kedai.
Selepas setiap kali beri duit, suami lepaskan semua pada isteri urusan bayaran sewa kedai.
Isteri tak bayar. 3 bulan. Kemungkinan beberapa minggu lagi kedai terpaksa tutup. Pindah semua barang keluar.
Suami kerja di luar negara. Balik sebulan sekali.
Suami marah isteri sebab tak jalankan tanggung jawab.
Isteri marah suami konon memperrahankan haknya sebagai isteri yang sepatutnya menerima upah. Isteri kata dia pun penat jaga dua orang anak dan ulang alik ke kedai untuk jenguk perkerja dan ambil berat mengenai barang-barang jualan.
Suami ungkit. Bukan tak ungkit. Bukan sekali dua sepanjang tempoh perkahwinan isteri buat hal. Isteri tak dengar cakap suami. Isteri hanhya dengar cakap ayahnya.
Masalahnya……….
Ayah pun dua kali lima. Menangkan anak.
Pernah ada sekali tu, suami beli sejenis makanan kering kegemarannya untuk dibawa pulang ke luar negara. Setelah sampai dan beliau buka beg, beliau dapati makanan kering tersebut tiada. Suami menelefon isteri.
Isteri kata dia yang makan. Sori sebab makanan tersebut sedap sangat, katanya.
??
Ada ke patut seorang isteri buat perangai tak semenggah macam tu pada suami? Bukankah sepatutnya kalau tak belikan dan bekalkan makanan kesukaan suami, janganlah makanan yang suami beli untuk makan ketika di perantauan dimakan sampai habis licin. Tak beritau pulak tu.
Memang kepada kita yang waras, karakter isteri macam ni memang kita rasa pelik bila mendengar hal-hal yang dilakukannya samada terhadap diri sendiri atau suami.
Salah satu punca ketara ialah menjauhi kehidupan berugama iaitu secara Islami. Otaknya ialah Tuhan dan ugamanya.
Itulah sebab Nabi SAW menyarankan supaya mengahwini wanita yang berugama nescaya hidup selamat. Nabi SAW besabda, “Wanita dikahwini kerana empat perkara: kerana hartanya, kebangsawanannya, kecantikannya dan kerana agamanya, dan hendaklah kamu memilih yang beragama nanti engkau berbahagia.” [HR Bukhari, Muslim, Abu Daud, Ad-Darimi, Ibnu Majah, al-Baihaqi, Ahmad]
Nabi SAW bersabda, “Wanita dikahwini kerana salah satu dari tiga perkara: Wanita dikahwini kerana hartanya, wanita dikahwini kerana kecantikannya dan wanita dikahwini kerana agamanya, maka hendaklah engkau mengambil yang berugama dan berakhlak nescaya engkai bahagia.” [HR Ibnu Hibban dalam Shahihnya 1231. Al-Hakim 2/161]
Sebuah hadtis lain mengenai isteri yang menyenangkan mata dan hati suami, Nabi SAW ditanya: Wanita manakah yang paling bagus? Baginda bersabda: Wanita yang menyukakannya apabila ia melihatnya, yang mentaatinya apabila ia menyuruhnya dan tidak menyalahi pada dirinya (penulis: melakukan kemungkaran dan maksiat) dan pada harta suaminya dengan sesuatu yang dibencinya.” [HR Ahmad, An-Nasa’I, Al-Baihaqi, al-Hakim. Disahihkan dalam kitab al-Irwa 6/1786]
Begitu juga saranan baginda mengenai elemen yang perlu ada bakal menantu lelaki. Rasulullah SAW bersabda, “Apabila orang yang engkau redha ugama dan akhlaknya datang meminang kepada kamu maka kahwinkanlah dia, jika kamu tidak berbuat demikian akan berlaku fitnah (penulis: ujian yang menyebabkan kekacauan) di bumi dan kerosakan yang besar.” [Shahih Sunan Tirmidzi 865, 1096, al-Irwa’ 1668].
Yang biasa orang kata ialah……….
Kita akan jumpa dengan orang yang mempunyai frekuensi yang sama atau hampir sama dengan kita. Dan sesetengah orang berkahwin dengan pasangan yang memiliki ciri-ciri spiritual dan karakter yang serupa.
Ia benar-banr terjadi.
Jadi, anak-anak, adik-adik semua, sentiasa perbaiki diri dari segi keagamaan, tingkatkan taqwa. Minta yang baik dari Allah, mudah-mudahan diperkenan olehnya supaya anda dipertemukan dengan jodoh yang cocok.
Kalau kita sentiasa mengamalkan kehidupan yang sentiasa berakhlak mulia sudah tentu hati kita tidak tertarik kepada seseorang termasuk bakal pasangan hidup yang mempunyai akhlak yang buruk.
Herbalis Bahrain, RH (AHG)
SEMBANG-SEMBANG HERBA
www.sembangherba.blogspot.com
...................................................












