"Ya Allah, ajarkanlah kepada kami apa yang bermanafaat bagi kami, berikanlah manafaat kepada kami dengan apa yang Engkau ajarkan kepada kami dan berikanlah tambahan ilmu kepada kami. Kami memuji-Mu, ya Allah atas segala keadaan, dan kami berlindung kepada-Mu dari keadaan para penghuni neraka."
only search Sembang-sembang Herba
| ]
Share








PERHATIAN: Coretan berikut mengandungi penerangan yang eksplisit mengenai seksualiti. Walau pun ia bertujuan untuk pendidikan namun terdapat individu yang akan mendapati isi dan istilah-istilah yang digunakan tidak mententeramkan jiwa. Jika anda rasa tidak selesa sila ketik mana-mana pautan di sebelah kanan web blog ini untuk membaca topik-topik lain. Terimakasih atas kerjasama anda.

“Ya, encik! Singgah, encik. Petai ada rebung ada.” Saya disambut dengan senyuman oleh dua orang yang saya percaya ialah kaum asli tempatan.

Waktu ketika saya singgah di gerai tersebut sudah lepas waktu maghrib. Kabus agak tebal. Sesekali kabus (sebenarnya kabus ini ialah awan kerana berada di tanah tinggi) menyelimuti kami bertiga.


Tiada bunyi riang-riang dan unggas. Cuaca agak dingin tetapi saya sekadar memakai kemeja T berkolar. Sejuk tetapi tidaklah sampai buat seseorang menggigil.

“Rebung ni berapa?”

“Lima ringgit, bang.”

Saya membelek-belek beberapa bungkusan rebung yang sudah berkupas dan memicit salah satu rebung untuk mengetahui tekturnya. Lembut.

“Ni rebung apa, bang?”

“Rebung manis. Bukan rebung betung. Sedap. Lembut.” Salah seorang penjaja yang berbaju kelabu menerangkan sifat-sifat rebung yang dijajanya.

Setiap bungkusan mengandungi antara 3-5 batang rebung muda. Terdapat dua jurai petai digantung di penjuru gerai yang diperbuat dari kayu-kayu hutan dan beratapkan tikar getah.

“Petai ni berapa, bang?”

“Lapan.”

“Nak berapa, bang?” Rakan penjaja yang berbaju hitam cuba memancing saya.

“Saya suka petai. Tapi beberapa hari yang lalu saya sudah makan petai. Hari ni saya hendak beli rebung.” Ujar saya.

“Hendak berapa bungkus, bang?”


“Berapa harga sebungkus?”

“Lima, bang.”

Saya hantar rebung yang dibeli ke kereta dan pulang semula ke gerai dengan sebuah kamera. “Boleh saya ambil gambar abang berdua?”

“Boleh, Takde salahnya.”

“Terimakasih.” Saya mula melaraskan kamera supaya kualiti imej yang dihasilkan memuaskan. “Boleh saya tahu nama abang ni apa?”

“Nama saya Sa’adon.” Jawab yang berbaju kelabu.

“Abang pulak?”

“Saya Azli.” Jawab yang berbaju hitam.

“Abang orang Islam?”

“Ya, saya Islam.” Jawab yang berbaju kelabu lagi.


“Abang tinggal di kawasan sini?” Saya mengajukan soalan kepada Sa’adon. Ia lebih rendah dari saya tetapi wajahnya kelihatan lebih tua dari saya. Saya fikir mungkin lingkungan 50.

“Saya tinggal di batu 8.”

Batu 8 ialah jarak dari Ringlet, mungkin. Ringlet ialah pekan pertama yang ditemui jika kita ke Cameron dari Tapah. Walau bagaimana pun, kebanyakan pelancong Malaysia jarang singgah di pekan Ringlet. Mungkin kerana tiada atau kekurangan tempat menarik. Kalau singgah pun, hanya untuk isi petrol.

“Abang tinggal di kawasan perkampungan?”

“Ya, di sebuah lembah.” Ujar Sa’adon sambil mengisyaratkan tangannya ke arah lembah di belakang gerai.”

“Boleh saya saya abang ni suku apa?”

“Kami orang Semai. Bukan Jakun, Semelai atau apa……..”

“Abang Azli tinggal di kampung yang sama?”

“Tidak. Saya tinggal di kampung lain. Tapi kami kaum Semai kenal orang dari kampung lain.” Jawab Azli yang kurang petah berbahasa Melayu.

“Ya. Saya pernah ke tasik Chini dan di sana ramai orang Semai.”

“Rumah-rumah di kampung abang masih mengekalkan ciri-ciri tradisional?”

“Apa tu?” Sa’adon mungkin tidak faham maksud tradisional.

“Saya pernah tengok rumah orang asli atapnya dibuat dari buluh belah dua memanjang. Buluh-buluh belah diletakkan secara bertindih.”

“Ooo….. tidak. Kami guna atap zink. PRT bantu.” Mungkin beliau maksudkan PPRT bantu.

“Ada orang Islam di kampung abang?” Saya bertanya kepada Sa’adon.

“Ada. Islam. Kristian dan biasa.”

“Yang biasa tu macam mana pulak, bang?”


“Bukan Islam bukan Kristian.”

“Ada surau?”

“Ada. Gereja pun ada.”

“Berapa banyak rumah di kampung abang?”

“Kira-kira 30.”

“Berapa ramai termasuk anak-anak kecik?”

“100 lebih ada.”

“Suku abang masih tinggalkan mayat atas pokok?”

“Apa tu?”

“Saya pernah dengar dan baca terdapat kaum asli yang tinggalkan orang yang sudah mati atas pokok.”

“Oooo…. Tidak. Kami tanam.”

“Zaman dulu?”

“Ya, zaman dulu, Atuk saya pernah cerita.” Ujar Azli. Azli mempunyai susuk tubuh yang lebih tinggi dari Sa’adon.


“Berapa tinggi mereka bubuh mayat atas pokok, bang?”

“Dalam 8-10 kaki dari tanah. Dengar cerita, lepas mereka tinggalkan orang mati atas pokok, mereka tinggalkan tempat tu.”

“Atuk abang pernah beritahu kenapa mereka tinggalkan tempat tu?”

“Tidak. Tak dengar pulak.”

“Atuk saya boleh buat benda pelik-pelik.” Sa’adon mencelah.

“Wah. Atuk abang mesti seorang yang hebat.”

“Ya, itu orang dulu. Dia boleh hilang tiba-tiba.”

“Hilang secara tiba-tiba?”

“Ya, dia pernah cerita, ketika seekor harimau menerkamnya, dia hilang dan harimau tak dapat makan.”

“Memang hebat tu, bang!” Pelik tetapi mungkin benar. Mungkin orang asli dulu kepercayaan animisme atau kepercayaan kepada penjaga itu dan ini sangat tebal.

“Rimau. Kalau saya dah mati dah.” Azli mencelah sambil ketawa menyeringai.

“Saya nak tau sikit mengenai Tongkat Ali. Betul ke Tongkat Ali mengandungi racun dan penawar? Seorang kawan saya mengatakan dia pernah belajar dari orang asli macam tu.” Saya mengajukan soalah kepada Sa’adon.

“Kami tak pernah dengar tu…….”

“Kawan saya kata, hanya orang asli sahaja yang tahu nak tawarkan racun Tongkat Ali. Lepas racun tawar, barulah Tongkat Ali ‘selamat’ digunakan.

“Macam ni, bang. Kami hanya menggunakan Tongkat Ali untuk demam. Demam apa tu?”

“Malaria?”

“Haa, demam malaria. Rasa dia pahit. Badan panas jadi sejuk. Kami tahu jual Tongkat Ali. Lama-lama kami dengar Tongkat Ali banyak guna (nya).”

“Abang makan Tongkat Ali?”

“Tidak pernah.”

“Kenapa abang tak ambik?”

“Saya sihat. Setiap malam macam tu je.” Ujar Azli sambil meluruskan jari telunjuk dan melentikkannya.

“Kami kalau makan Tongkat Ali, agaknya lagi teruklah.” Ujar Azli lagi. Azli dan Sa’adon ketawa terbahak-bahak.

“Cuaca sejuk main peranan macam Tongkat Ali, bang?”

“Mungkin. Bila musim hujan cuaca makin sejuk. Makin sejuk ‘dia’ makin gitu (tegang).” Mereka berdua ketawa terbahak-bahak lagi.

“Isteri layan baik?”

“Memanglah baik. Mesin pun boleh rosak, ini (kan lagi) orang!” Ujar Sa’adon. Mesin kalu lanyak je, habislah!” Sa’adon ketawa.

“Kalau macam tu je setiap malam dan kadang-kadang isteri tak layan, abang buat apa?” Saya sengaja bertanya sebab kegiatan seks sebenarnya ialah sebahagian elemen kehidupan berumahtangga.

Mereka berdua ketawa serentak.

“Takkan abang tak tau. (Layan diri) Sendirilah.” Ujar Sa’adon.

“Kalu buat selalu dengan bini, kami lagi ramai anak bang?”

“Abang rancang keluarga?” tanya saya pada Azli.

“Ya, isteri ambil pil.” Jawab Azli.

“Isteri saya tak ambil. Guna teknik lama.” Celah Sa’adon.

“Teknik lama macam mana tu, bang?”

Azli dan Sa’adon ketawa serentak.

“Teknik buat sendiri……” jawab Azli.

Mungkin yang dimaksudkan ialah cabut zakar dan pantu sperma di luar vagina. Buat sendiri bermaksud melancap atau dilancap.

“Dalam setahun berapa kali abang demam?”

“Jarang-jarang. Anak-anak selalu demam.” Jawab Sa’adon.

“Abang guna pokok hutan untuk rawat penyakit?”

“Tidak. Tidak lagi. Kalau demam kami bawa anak ke hospital.”

Itulah sebahagian besar perbualan saya dengan dua orang asli suku Semai. Selepas berbual saya merakamkan foto dengan mereka berdua. Azli sebenarnya seorang yang capik sejak dilahirkan.

Dalam perbualan saya dengan Sa’adon akhirnya beliau mengaku beliau berugama Kristian. Wanita-wanita kampungnya ada yang berkahwin dengan kaum Cina Cameron.

Herbalis Bahrain, RH (AHG)

SEMBANG-SEMBANG HERBA

www.sembangherba.blogspot.com