Ketagihan. Pada tahap tertentu, seseorang yang rindukan sesuatu merasa resah gelisah. Rindu pada kampung. Rindu pada ibu dan ayah. Rindu pada anak isteri.
Ada juga yang rindu pada rokok, makanan-makanan manis, minuman berkafina (termasuk teh pekat, minuman tenaga), dadah jalanan, alkohol, dan seks.
Tetapi adakah rindu ke kampung halaman dikatakan ketagih? Rindu kepada anak isteri dikatakan ketagih?
Salah satu simtom ketagih ialah resah (anxiety). Simtomnya yang lain ialah murung, mood turun naik, sukar menumpukan perhatian.
Rindu pada kampung halaman, pada anak isteri pun boleh menerbitkan simtom-simtom di atas. Sekarang, adakah rindu kepada perkara-perkara tersebut dikatakan ketagih? Saya tidak dapat menjawapnya.
Beberapa jenis senario rindu juga berlaku terhadap sahabat-sahabat cyber. Seorang guru lelaki berumur 50an memerhatikan beberapa guru sering membawa laptop ke sekolah. Ketika waktu rehat, mereka buka laptop dan wajah mereka tiba-tiba menjadi berseri-seri. Sesetengahnya senyum dan ketawa.
Seorang ibu yang juga seorang eksekutif kanan merupakan seorang yang sibuk dengan tugasan pejabat. Jika tiada mesyuarat, tidak kerja luar, beliau memang sentiasa on kan laptop dan online. Balik rumah waktu maghrib. Lepas sholat maghrib duduk depan laptop, klik keypad.
Seorang penuntut institut pengajian tinggi mengusung laptop ke sana ke mari. Laptopnya siap dengan kemudahan wireless broadband. Di taman, dalam bas, ketika menghadiri kenduri arwah, dalam toilet beliau buka laptop dan masuk online. Tersengih dan senyum sorang-sorang.
Apabila laptop rosak, laptop tertinggal, atau thread yang mereka taip tiada sambutan, mereka akan merasa resah, murunng. Sesetengahnya akan mengalami mood turun naik dan sukar menumpukan perhatian.
Menurut rakan saya cikgu berumur 50an tadi, apabila ditanya kepada guru-guru tersebut mereka kata mereka berinteraksi dengan kawan-kawan menggunakan FACEBOOK (kependekan FB). Sesetengah yang lain, lapisan umur muda dan remaja mereka masuk MYSPACE (kependekan MS).
Mereka yang mengalami simtom-simtom yang saya sebutkan apabila laptop rosak, sesuatu menghalang dari mengakses internet, rakan-rakan FB sibuk/tidak layan boleh dikategorikan sebagai rindu dan ketagihan.
Mungkin mereka lebih rindu kepada FB dan MS berbanding dengan rindu ke kampung, anak isteri. Mengapa?
Sesetengah seronok kerana mereka miliki kumpulan sendiri, ratusan malahan sesetengah yang glamour cecah bilangan ribuan (fan gitu). Lagi ramai lagi merrier.
Seseorang yang biasa menyendiri dan senang dengan keadaan demikian mempunyai darjah berbeza dari seseorang yang tidak boleh hidup bersendirian. Persepsi yang terbentuk dalam diri seseorang adalah unik. Yang seorang mungkin boleh hidup bersendirian. Mereka berinteraksi samada dunia nyata atau alam cyber pada waktu-waktu tertentu dan perlu sahaja.
Yang lain pula memang sesetengahnya bidang kerja yang menjadikan mereka perlu bergaul dengan orang ramai. Jumlah orang berinteraksi pada satu-satu masa mencerminkan status populariti. Sesetengah yang lain suka berinteraksi sebab mereka memang jenis peramah, suka berkawan, suka ramai kawan. Yang lain pula mungkin menjadikan kawan sebagai tempat melepaskan geram (masalah subliminal, masalah sikap), tempat bersuka-ria.
Dulu, suatu ketika dulu ada MIRC. Ia cukup popular dengan pelbagai channel. Channel #kampung dikatakan mempunyai penghuni terbesar dalam dunia. Jadi, orang menggunakan MIRC dengan pelbagai tujuan. Zaman itu juga ramai yang rindu dan ketagihan dengan MIRC.
MIRC juga ada private chat, boleh hantar digital imej dan of course create group sendiri. FB dan MS jauh lebih terkehadapan dari segi penampilan dan teknologi.
Jika seseorang ketagihan FB/MS, bagaimana untuk mengatasinya? Tepuk dada tanya selera. Ia adalah pilihan masing-masing. Cuma, antara yang boleh saya katakan sekadar beberapa ungkapan seperti prioriti (keutamaan). Jika ada dua keutamaan yang perlukan perhatian kita, kita kena pilih keutamaan yang betul-betul penting.
Yang lain-lain tak perlu saya sebut, sebab kalau sebut semua orang termasuk saya pun sudah sedia tahu. Hendak buat dengan tak je. Itulah sebabnya saya sebutkan masing-masing miliki citarasa, kehendak dan keperluan tersendiri. Tepuk dada tanya selera.
Apa yang kita pilih hari ini, (hasilnya) akibatnya kita alami suatu masa akan datang samada perubahan persepsi, psiko-emosi, dan aspek kerohanian.
Herbalis Bahrain, RH (AHG)
SEMBANG-SEMBANG HERBA
www.sembangherba.blogspot.com
"Ya Allah, ajarkanlah kepada kami apa yang bermanafaat bagi kami, berikanlah manafaat kepada kami dengan apa yang Engkau ajarkan kepada kami dan berikanlah tambahan ilmu kepada kami. Kami memuji-Mu, ya Allah atas segala keadaan, dan kami berlindung kepada-Mu dari keadaan para penghuni neraka."
[5:00 PM
|
]












