"Ya Allah, ajarkanlah kepada kami apa yang bermanafaat bagi kami, berikanlah manafaat kepada kami dengan apa yang Engkau ajarkan kepada kami dan berikanlah tambahan ilmu kepada kami. Kami memuji-Mu, ya Allah atas segala keadaan, dan kami berlindung kepada-Mu dari keadaan para penghuni neraka."
only search Sembang-sembang Herba
| ]
Share

Tags: Tongkat ali beracun? Tongkat ali sakit buah pinggang, tongkat ali tersangkut buah pinggang

Sejak Tongkat Ali diperkenalkan dalam bentuk ekstrak, kita sering dengar bahawa pengambilan serbuk Tongkat Ali tidak digalakkan oleh pakar-pakar atau saintis tertentu. Mereka beralasan bahawa walau pun dikisar halus ia berkemungkinan akan merosakkan usus serta mungkin boleh menyebabkan penyakit buah pinggang.

Dalam coretan pendek ini saya hanya memfokus kepada kenyataan kedua iaitu ‘pengambilan serbuk Tongkat Ali mungkin boleh menyebabkan penyakit buah pinggang’.

Sekali imbas, mereka berteori menggunakan logik batu atau logik lurus. Logik yang mereka gunakan begini:

Kenyataan 1:Tongkat Ali memang diketahui umum memiliki sifat yang keras.

Kenyataan 2: Herba bersifat keras (seperti kayu) contohnya yang terdiri dari akar akan tersangkut dalam buah pinggang (apabila serbuk akar Tongkat Ali dicerna dan ‘larut’ dalam aliran darah, ia tersangkut dalam penapis-penapis seni dalam buah pinggang (nephron).

Kesimpulan: Akar Tongkat Ali boleh menyebabkan sakit buah pinggang.

Logik kategori ini digunakan oleh sesiapa sahaja samada kanak-kanak, orang dewasa, golongan lemah fikiran dan cendiakawan.

Pada pandangan saya, saintis-saintis yang mengemukakan pandangan di atas terlepas pandang terhadap fakta sains. Akar Tongkat Ali terdiri dari selulos dari kategori polisakarida tidak berkanji. Molekul selulos terdiri dari gabungan sekurang-kurangngya 500 molekul glukos.

Mengapa akar Tongkat Ali bersifat sangat keras? Pendapat saya ialah kerana molekul-molekul selulos yang membentuk fiber akar Tongkat Ali terdiri dari rantaian yang sangat panjang. Kemungkinan kedua ialah susunan molekul –molekul selulos sangat rapat dan rapi. Gabungan dua jenis sifat yang berbeza ini salin menguatkan sifat keras akar Tongkat Ali.

Kebanyakan selulos tidak mengalami proses penguraian dalam usus (oleh bakteria) kecuali beberapa jenis seperti fiber larut air contohnya pectin.

Katakanlah serbuk akar Tongkat Ali yang dikomersialkan untuk dimasukkan ke dalam kapsul dihancurkan sehingga sangat halus contohnya mencapai sukatan 300 mesh (lebih kurang 38 mikron, 38 X 10 -6 meter atau 38,000 nanometer). Saiz molekul terbesar yang melepasi microvilli ialah 0.66 nm. Jika selulos akar Tongkat Ali tidak terurai dalam usus, adakah serbuk halus dengan saiz seperti dinyatakan menyebabkan ia berupaya diserap oleh mikrovilli usus?

Jika tiada kemungkinan ia diserap samada dalam bentuk asal (selulos) atau setelah terurai, jadi pada pandangan saya pengambilan sebuk akar Tongkat Ali dalam bentuk kapsul tidak akan menyebabkan penyakit buah pinggang. Pengambilan Tongkat Ali samada dalam bentuk serbuk ekstrak, serbuk akar, atau rebusan secara berpanjangan hanya akan menyebabkan penyakit buah pinggang jika memang terdapat fitokimia tertentu yang bersifat renotoxic atau nephrotoxic.

Kecenderungan untuk membentuk pembentukan penyakit buah pinggang berpunca dari herba yang menyumbang sifat renotoxic atau nephrotoxic juga bergantung kepada pelbagai faktor seperti fisiologi, bentuk keseimbangan biokimia seseorang serta aktiviti-aktivit biologi yang disumbang oleh fitokimia dalam herba.

Mari kita ambil contoh beberapa jenis makanan seperti umbisi pelbagai jenis keladi, dan belimbing besi diketahui mengandungi asid oxalic. Asid oxalic diketahui bersifat sangat menghakis dan renotoxic (racun buah pinggang) dan pada individu tertentu ia mudah terenap dalam nephron dalam bentuk calcium oxalate.

Penggunaan suhu tinggi contohnya kaedah rebusan dipercayai mengurangkan paras asid oxalic atau mengubah struktur seterusnya sifat kimianya. Itulah sebab keladi mentah bersifat gatal tetapi setelah direbus sifat tersebut berkurangan. Rebusan belimbing buluh digunakan secara tradisional oleh masyarakat Cina untuk memecahkan batu karang!

Saya berterori bahawa pengambilan belimbing besi segar sebanyak 1-2 biji sehari (dos yang biasa diambil dalam bentuk makanan) secara berpanjangan mungkin tidak akan menyebabkan seseorang mengalami penyakit buah pinggang kerana ia mempunyai pelbagai jenis bahan kimia lain yang menutralkan atau menjadi penawar terhadap aktiviti biologi asid oxalic. yang berupaya merosakkan sel dan kolagen dalam nephron. Contohnya oleh fitokimia yang bersifat anticulculi (mencegah pembentukan mendakan garam) seperti asid sitrik, fitokimia bersifat antilithic (mencegah pembentukan mendakan garam tertentu) seperti vitamin C, asid glutamic, dan Magnesium.

Penyakit buah pinggang berpunca dari pelbagai mekanisme termasuk antara kerosakan berlaku kerana pembentukan cyst, pembentukan batu karang atau kerosakan pada nephron (unit penapis terdiri dari glomerulus dan tubule, glomerulus sebenarnya ialah kapilari) secara teruk dalam dalam jumlah yang besar. Setiap jenis kerosakan jika berlaku pada sebahagian besar dari penapis-penapis maka ia mengurangkan kecekapan fungsi buah pinggang. Selain itu, halangan yang berlaku kadang-kadang membentuk keradangan atau infeksi sekunder.

Setakat yang saya ketahui saya ialah orang pertama yang menyangkal kenyataan yang menjadi kepercayaan kebanyakan orang. Saya harapa saintis-saintis, sarjana, ahli akademik, pelajar-pelajar, mereka yang terpelajar, serta orang-orang awam bukalah minda supaya kita boleh mempelajari mengalanisa isu-isu dan kenyataan tertentu dari perspektif dan alasan yang berbeza.

Dari sudut lain, seseorang yang pandai, mereka tidak semestinya pandai dalam semua perkara. Kadang-kadang mereka terlepas pandang untuk menggunakan fakta-fakta atau teori asas dalam menyokong kenyataan-kenyataan mereka dalam isu tertentu.

Anda juga mungkin berminat kepada topik ini:

Tongkat Ali Beracun?

Setakat yang saya ketahui tidak ada satu laporan pun menunjukkan pengambilan akar dan bahagian tumbuh-tumbuhan yang keras menyebabkan penyakit buah pinggang samada dari pemerhatian empiris (oleh pakar-pakar herba atau pakar kesihatan holistik), sebarang artikel atau jurnal samada dari kategori alternatif atau konvensional.Silalah kongsi jika ada sesiapa yang mempunyai berita yang kredibel.

P/S Pernah dengar sejenis keladi dikenali sebagai keladi birah? Birah di sini bermaksud gatal kerana keladi birah mengandungi oxalate yang sangat tinggi.

Herbalis Bahrain, RH (AHG)

SEMBANG-SEMBANG HERBA
www.sembangherba.blogspot.com