Makan Pinang boleh Awet Muda
Tag: pinang, sirih, gambir, kapur, Tongkat Ali, awet muda, merapatkan vagina, kembali dara
GLOSARI
Antimutagenic – agen yang bertindak ke atas sel dengan mengurangkan atau mencegah pembentukan proses mutasi sel.
Apoptosis – Kematian sel secara terprogram
Carcinogenic – agen yang menyebabkan penbentukan kanser
Kebanyakan kita yang tinggal di bandar kita jarang lihat orang makan sirih. Apabila sebut makan sirih biasanya dalam sirih ditambah pinang, gambir dan sedikit kapur.
Beberapa orang arwah nenek saudara saya memang gemar makan sirih dan bahan-bahan lain yang disebutkan. Setiap orang dari mereka juga memiliki gobek yang dibawa ke mana-mana.
Saya pernah mengenali seorang gadis berumur awal 20an yang memberitahu saya bahawa makan pinang dan sirih menjadi tabiat bukan sahaja wanita-wanita tua di kampungnya bahkan oleh wanita-wanita muda termasuk beliau sendiri.
Saya bertanya samada beliau makan sirih dan pinang dengan gambir serta kapur. Beliau menjawab tidak. Hanya sirih dan hirisan pinang. Menurut beliau, orang tua-tua kata makan sirih dan pinang bantu awet muda.
Kakak beliau yang sudah berkahwin, berumur akhir 20an dan beranak tiga mengamalkan makan sirih dan pinang. Beliau sendiri makan sirih dan pinang tidak sekerap kakaknya. Setiap kali selepas makan beliau dapati wajah beliau bertukar menjadi kemerah-merahan.
Saya tidak pula bertanya samada bahagian tubuh lain menjadi kemerah-merahan juga. Kemungkinannya besar bahagian tertentu tubuh juga mengalami perubahan fisiologi yang serupa.
Suatu ketika dulu kita diberitahu bahawa makan sirih boleh menyebabkan pembentukan kanser terutama kanser mulut. Ada yang kat a arecoline (disamping beberapa fitokimia lain seperti asid Gallic dan arecaidine) dari pinang yang memiliki aktiviti biologi sebagai carcinogenic dipercayai meyumbang kepada pembentukan kanser juga terdapat dalam sirih.
Dalam sirih terdapat beberapa fitokimia yang bersifat carcinogenic seperti arecaideine, arecoline, estragole, eugenol, tannin. Yang menakjubkan ialah tannin dan eugenol pada masa yang sama menyumbang sifat antimutagenic. Sifat antimutagenic juga disumbang oleh beta-carotene, vitamin C, hydroxyl-carvicol.
Sifat antitumor pula disumbang oleh vitamin C, beta-carotene, caryophyllene, eugenol, serat, tannin.
Wow!
Bagaimana dengan pinang?
Sifat antimutagenic pinang disumbang oleh arecoline sendiri seperti ditunjukkan oleh kajian yang dijalankan di Indonesia dan dilaporkan dalam Majalah Farmasi Indonesia pada tahun 2008. Laporan kajian tersebut berjudul Etkstrak Etanolik Biji Buah Pinang mampu Menghambat Proliferasi dan membantu apoptosis sel MCF-7.
Walau pun kajian tersebut khusus dijalankan pada sel kanser buah dada saya percaya arecoline dan pelbagai jenis fitokimia (masih belum dikaji secara saintifik) dalam buah pinang memiliki sifat yang serupa.
Sifat antimutagenic biji pinang disumbang oleh asid Gallic. Mukilej (sejenis selulos larut air) dan d-catehin pula menyumbang sifat pencegahan pembentukan kanser.
Jadi, bagaimana dikatakan orang makan sirih pinang mudah menghidapi kanser mulut?
Pada pandangan saya terdapat beberapa kemungkinan.
Kemungkinan yang dapat saya fikirkan ialah makan sirih pinang bersama kapur dipercayai boleh menyebabkan sel-sel dalam mulut lebih mudah rosak berbanding dengan makan sirih pinang tanpa kapur. Anda tidak percaya ambil secebis kapur makan sirih dan bubuh dalam mulut selama beberapa kali dalam sehari dan alami tindakannya. Kebanyakan orang akan mengalami pecah-pecah bahagian dalam mulut kerana tindakan kapur makan.
Jadi, mereka yang makan sirih pinang dengan kapur pada jangka panjang besar kemungkinan mempunyai peluang untuk menghidap kanser mulut lebih mudah dari mereka yang makan sekali sekala atau mereka yang makan sirih bersama pinang dan makan sirih pinang bersama gambir.
Seperti saya sebutkan sirih dan pinang walau pun mempunyai sifat carcinogenic dan mutagenic, pada masa yang sama kedua-duanya juag memiliki sifat antimutagenic dan antitumor. Gambir pula mempunyai sifat antimutagenic yang disumbang oleh pelbagai jenis fitokimia.
Syyyy…….
Saya pecahkan rahsia.
Minum air rebusan pinang muda dipercayai membantu mengetatkan vagina . Kepada lelaki yang mengamalkannya pula air pinang muda dipercayai menjadikan zakar mudah tegang!
Kepada yang makan isi pinang bersama sirih?
Arecoline sendiri disebutkan bersifat antisoksidan dalam hasil kajian yang saya sebutkan di atas. Pada pandangan saya terdapat pelbagai fitokimia dalam biji atau keseluruhan buah pinang yang masih belum dikaji bagi menentukan sifat antioksidannya. Contoh fitokimia yang berpotensi bersifat antioksidan ialah antara lain leucopelargonidine, phlobaphene-tannin, leucocyanidin, homoarecoline, arecolidine dan pelbagai jenis alkaloid.
Dalam kayu manis terdapat cinnamaldehyde manakala dalam cengkih terdapat eugenol dikenalpasti bersifat sangat carcinogenic tetapi mengapa jika diambil dalam makanan secara berpanjangan tidak menyebabkan kanser? Kalau kayu manis menyebabkan kanser, mengapa kayu manis digunakan secara meluas dalam sesetengah formulasi merawat kanser oleh Perubatan Tradisional Cina selama beberapa ribu tahun?
Untuk pengetahuan anda, Allah sentiasa sediakan antidote kepada sebarang jenis penyakit yang disumbang oleh sesuatu jenis herba samada dari dalam herba yang sama atau herba-herba lain.
Soalan saya ialah adakah mengamalkan pengambilan serbuk Tongkat Ali boleh menyebabkan kanser hanya kerana ekstrak Tongkat Ali (selain ekstrak air iaitu ekstraksi menggunakan methanol dan pelarut organik lain seperti carbon tetrachloride) didapati mengandungi fitokimia yang bersifat carcinogenic?
Apakah antara hasil makan sirih dan pinang (tanpa kapur) yang dilakukan secara kerap? Kulit seluruh tubuh sentiada tegang? Kulit kurang rosak dan tidak tumbuh freckle? Vagina sentiasa ketat? Besar kemungkinan jawapannya ialah salah satu atau kesemuanya.
Herbalis Bahrain, RH (AHG)
SEMBANG-SEMBANG HERBA
www.sembangherba.blogspot.com












