"Ya Allah, ajarkanlah kepada kami apa yang bermanafaat bagi kami, berikanlah manafaat kepada kami dengan apa yang Engkau ajarkan kepada kami dan berikanlah tambahan ilmu kepada kami. Kami memuji-Mu, ya Allah atas segala keadaan, dan kami berlindung kepada-Mu dari keadaan para penghuni neraka."
only search Sembang-sembang Herba
| ]
Share

tag: suami datuk, suami kaya, artis, kerana harta

Artis harga tinggi

Beberapa minggu dulu sebuah akhbar terkemuka memaparkan berita menunjukkan beberapa orang artis ditawarkan duit puluhan ribu ringgit semata-mata untuk melayan nafsu mereka. Muka depan akhbar tersebut menyatakan artis tertentu ditawarkan RM30 ribu jika beliau sanggup melayan dan menuangkan minuman.

Artis-artis wanita terkenal dan juga tidak kurang yang tidak terkenal bukan sahaja menjadi perhatian dan buah mulut peminat dan orang ramai. Malahan, dipercayai bahawa segelintir orang-orang kenamaan, lelaki yang sangat berkemampuan dari segi kewangan sering mencari jalan untuk merapatkan diri dengan artis-artis tertentu.

Sesekali kita digemparkan dengan berita gossip mengenai artis tertentu yang dikatakan kononnya dibela oleh seorang datuk. Pada waktu lain kita dengar artis tertentu terpaksa mendedahkan perkahwinan mereka dengan orang kenamaan yang sebelum itu sangat dirahsiakan. Pada waktu lain pula kita dengar artis bercerai setelah melangsungkan perkahwinan dengan seorang kaya bergelar datuk selama beberapa tahun.

Mengapa sesetengah orang kecur untuk berkahwin dengan artis?

Kemungkinan besar ialah seseorang wanita yang terkenal di mata umum sering menjadi idaman oleh sesetengah kaum lelaki. Memiliki mereka samada secara sulit atau sah menjadikan kemachoan mereka meningkat. Kata sesetengah orang, saham mereka makin meningkat . Dalam bahasa omputih ia disebut thrill gitu.

Ada orang kata orang kaya yang berkahwin dengan artis terkenal sentiasa berkata dalam hati, “Bangganya aku sebab aku berkaya memiliki dia sebagai isteri.” Dan dikatakan, mereka mungkin turut menerima pujian dari rakan-rakan yang ‘sekelas’ dengannya samada yang biasa melakukan womanizing atau tidak.

Fouziah Ghous

Pagi tadi saya menonton sebuah rancangan di TV yang memaparkan wawancara wartawan tv dengan Fouziah Ghous dan Ikram. Mereka digosipkan oleh media dan masyarakat umum sebagai pasangan yang sedang berkasih.

Dalam wawancara tersebut Fouziah Ghous dan Ikram menafikan gossip yang menyatakan mereka itu sedang bercinta. Fouziah Ghous juga menyatakan bahawa beliau tidak berminat untuk melayan lelaki-lelaki kaya yang ‘jual diri’ dengan menabur elemen kemewahan. “Kalau saya nak duit dan kemewahan dengan cara tu, saya dah tak perlu berlakon lagi. Stupid (things to do).” Beliau senang memandu VIOS nya ke sana ke mari. Menurut Ikram, Fouziah tidak suka kalau Ikram tawarkan diri untuk tolong bayarkan makanan.

Janda muda beranak satu

Seorang wanita didatangi oleh sahabatnya bertanya pendapat samada beliau patut berkahwin dengan seorang duda berusia 50 tahun. Menurut wanita beruimur 21 tahun yang kematian suami dan mempunyai seorang anak berumur setahun itu, duda tersebut ialah ahli perniagaan berjaya.

Wanita yang didatangi tadi tidak memberikan sebarang pendapat. Sebaliknya ia menasihatkan rakannya supaya fikir masak-masak sebelum buat keputusan. Kalau dah buat keputusan iaitu contohnya memilih untuk berkahwin, apa yang berlaku nanti dia kena hadapi cara orang berkahwin. Tiada patah balik.

Dengar cerita famili rakannya tidak menolak dan member restu. Menjelang hari perkahwinanan, janda anak satu itu menerima hadiah kereta WISH.

Wanita yang didatangi rakan itu menyatakan bahawa dia tidak bersetuju kalau seseorang wanita berkahwin kerana harta seseorang.

Pada pandangan saya, kita tidak tahu samada rakannya berkahwin kerana harta atau tidak. Jika kerana harta, katakanlah tiba-tiba lelaki kaya tersebut mengalami kecelakaan atau musibah dan harta melayang, beliau akan ditinggalkan atau hidup beliau diabaikan oleh wanita itu. Dalam kes sebegini kita tidak perlu fikir jauh-jauh. Siapalah kita untuk membuat penilaian. Kita bukan famili bekas janda beranak satu itu.

Senariao lain - dikongkong suami

Apa pun tujuan seseorang lelaki mengahwini seorang wanita dan sebaliknya, mereka biasanya akan mengecapi tujuan mereka samada untuk jangka pendek atau jangka panjang. Sesetengahnya tidak mengecapinya langsung atas sebab-sebab tertentu.

Setiap orang ingin mengecapi kebahagiaan berumah tangga selama-lamanya. Sesetengah dari mereka terkucil di tengah jalan. Saya teringat bagaimana seorang anak dara yang berusia 30an berniat tujuan berkahwin ialah mendapatkan teman hidup.

Anda tau apa yang telah dan sedang jadi?

Betul-betul beliau dapat teman hidup. Lelaki ini memang jadi teman hidup sejatinya. Siisteri bekerja siang malam tetapi suaminya hanya menggemukkan diri dirumah, tidak bekerja. Cakap suami wajib didengar. Macam isteri yang telah ‘ditiup kalimah karomah di ubun-ubun’. Ikut saja cakap suami. Sampaikanadik beradik isteri pun susah untuk beramah mesra ketika balik berkumpul hari raya.

Isteri dan suami ini balik sekadar cecah punggung dan macam orang dulu-dulu kata ‘macam jengah jerat sial’.

Pada pandangan saya, suami ini kawal interaksi isteri dengan ahli keluarganya secara kurang wajar dan tidak adil.

Bagaimana keperibadian suami ini?

Semayang tonggang tonggek, memang mengamalkan amalan-amalan sufi (tasauf), berwajah dan kata-kata lembut serta mudah senyum.

Herbalis Bahrain, RH (AHG)

SEMBANG-SEMBANG HERBA

www.sembangherba.blogspot.com