Tag: hantu, jin, kerasukan, saka, bomoh, pawang
Cerita Hantu di TV trend terkini
Cerita hantu atau yang berkaitan dengan hantu menjadi sebuah trend baru sebagai siaran televisyen yang digemari. Program dengan pelbagai corak dan judul menarik perhatian para penonton seluruh tanah air.
Saka. Saya tidak menyelidiki latar belakang punca istilah saka. Walau bagaimana pun ia berkaitan dengan ‘penjaga’ yang terdiri dari seekor jin yang berfungsi konon menjaga keselamatan diri dan keluarga orang dalam jagaan.
Jin jenis mana?
Tidak diketahui.
Mengapa orang dulu-dulu tertarik dengan hala-hal ghaib seperti saka dan hantu raya?
Saya tidak mengkaji.
Mengapa orang bela saka
Salah satu sebab mungkin kerana cetek ilmu ugama. Yang kedua, orang dulu-dulu dengarnya amat biasa dengan amalan ilmu kebatinan sebagai pendinding diri. Ada yang guna untuk kebaikan diri dan keluarga. Ada juga yang menggunakannya untuk merosakkan orang lain contohnya dengan melakukan sihir.
Keluarga isteri saya juga suatu ketika dahulu pernah dikejutkan dengan saka. Salah seorang bapa saudaranya yang bela. Bila beliau meninggal, saka tersebut mengacau saudara-saudara yang hidup untuk minta simpati supaya dibela.
Tiada siapa ambil peduli, tiada pesta buang saka dan buang ancak pun. Akhirnya saka tersebut tau diri, sedsr diri agaknya. Ia tidak diperlukan oleh sesiapa pun.
Dengar ceritanya sesetengah orang membuat perjanjian tertentu dengan saka yang dibela. Antaranya memenugi syarat dengan membaca mentera tertentu pada malam atau hari tertentu. Ada juga yang perlu melakukan sesuatu perbuatan yang melanggar adat dan syarak. Hmmm… mentera apa ke jaXXX tu pun melanggar syarak dan membela saka pun hukumnya dosa besar.
Wanita remaja dirasuk
Cerita terbaru saya dengar. Seorang remaja perempuan berumur 20an dirasuk hantu selama 5 jam bermula jam 1 hingga 6 pagi. Empat orang bomoh cuba mengeluarkan hantu yang merasuk. Akhirnya ia berjaya dikeluarkan pada jam 6 pagi.
Menurut saksi, hantu tersebut ketegak iaitu degil. Mangsa dikatakan tiba-tiba ketawa mengilai dan kemudian menangis secara berselang-seli. Beliau menghentak-hentak kaki dan tangan ke lantai secara tak keruan.
Beberapa andaian mengenai punca
Menurut mangsa, salah seorang bomoh yang merawat mengatakan bahawa hantu yang merasuk sudah pun berada dalam rumah selama beberapa hari. Menurutnya hantu itu ikut mangsa dan rakan-rakannya balik ketika mereka menyusur tepi ban (sungai) dalam perjalanan pulang dari sebuah pekan pada waktu menjelang maghrib.
Menurut saksi, sebelum kejadian, mangsa, saksi dan seorang rakan lain menunggu emak saksi yang pergi menyertai upacara membuang saka. Tok Alang (bukan nama sebenar), wanita tua yang membela saka dikatakan sudah tidak mau membela saka yang tidak pula saya ketahui bagaimana asal usul saka tersebut.
Seminggu sebelum kejadian, mangsa pergi mendapatkan hidmat urutan dengan Tok Alang yang terkenal pandai mengurut.
Sebelum jam 1 pagi, ibu saksi balik rumah. Sebelum kejadian mangsa mengaku nampak kelibat hantu yang (akan) memasuki dirinya. Beliau pernah bercerita bahawa memang beliau nampak hantu-hantu yang datang mengganggu. Apabila disuruh menceritakan rupa bentuk hantu-hantu tersebut, beliau tidak berupaya menerangkannya.
Ketika dirasuk, mangsa mengalami mata merah selain tenaga yang tinggi secara luar biasa.
Selingan.
Bomoh kurang advance ilmu perbomohan
Seorang bomoh pernah bertanya kepada seekor hantu yang sedang merasuk seseorang bagaimana cara ia datang. Hantu tersebut jawab naik lembu. Beberapa kejadian selepas itu pun hantu yang lain juga jawab naik lembu.
Hmmm…….
Pada saya mungkin ye mungkin hantu tersebut memperbodoh tok bomoh.
Hantu apa jenis pun, apa nama pun boleh bergerak secepat kilat. Hantu yang naik lembu ialah hantu primitif, tidak menggunakan kebolehan yang dikurnia Allah sepenuhnya, tidak cukup akal.
Siapa yang bodoh dan diperbodohkan?
Mangsa pernah dua kali dirasuk secara teruk lebih setahun dulu. Ketika pulih setelah hantu dikeluarkan, beliau lembik, terlalu lesu untuk buka mata atau bercakap. Beliau boleh mendengar tetapi tidak mampu untuk bercakap. Makan minum disuap orang.
Psikologi dan peranannya dalam proses pemulihan
Pada kali ini, mangsa pulih pada kadar yang sangat cepat. Pada siang hari pertama selepas hantu dibuang, beliau tidur sampai petang, Sebelah malam, walau pun tidak berapa larat berjalan beliau makan beberapa suap nasi dan sedikit lauk serta minum air kosong. Beliau sukar melelapkan mata kerana masih terkejut dan dihantui perasaan takut.
Kali ni beliau pulih dengan cepat kerana selain dibekalkan dengan Yasin, mungkin sebab Allah makbulkan orang-orang yang mendoakannya supaya dipulihkan semangat dengan segera dan dijauhkan dari gangguan.
Kaedah lain yang beliau gunakan ialah dengan memberitahu diri bahawa rasa terkejut dan takut adalah perasaan semulajadi kepada sesiapa pun yang mengalami kejadian yang sama. Walau bagaimana pun, ia bukan perasaan-perasaan normal yang dialaminya pada hari-hari lain.
Jadi, perasaan terkejut dan takut yang dialami dibuang secara segera!
Alhamdulillaah.
Hari ini hari ketiga setelah hantu tersebut dibuang. Kelmarin (semalam) pun beliau sudah segar dan boleh membasuh dan menyidai kain. Cuma menurutnya belakangnya sakit sedikit. Pada hari kedua beliau rasa tangan lenguh dan sukar untuk diangkat.
Kerasukan jin yang dialaminya banyak membuang tenaga fisikal dan psiko-emosinya.
Dari manakah jin/hantu yang merasuk remaja ini datang? Dari tepi sungai ikut dia balik beberapa hari sebelum kejadian? Atau kerana beliau mendapatkan hidmat urutan Tok Alang kemudian ditokok dengan mak saksi yang pergi menyaksikan upacara buang saka Tok Alang?
Pada saya Allah yang Maha Mengetahui.
Yang saya dengar seseorang yang lemah semangat dan ruhnya, rajin berpawang, keluarga yang rajin mengunjungi pawing mudah didampngi termasuk dirasuk hantu/jin.
Herbalis Bahrain, RH (AHG)
SEMBANG-SEMBANG HERBA
www.sembangherba.blogspot.com












