"Ya Allah, ajarkanlah kepada kami apa yang bermanafaat bagi kami, berikanlah manafaat kepada kami dengan apa yang Engkau ajarkan kepada kami dan berikanlah tambahan ilmu kepada kami. Kami memuji-Mu, ya Allah atas segala keadaan, dan kami berlindung kepada-Mu dari keadaan para penghuni neraka."
only search Sembang-sembang Herba
| ]
Share

Damnation

tag: sarikata lucu, kurang cermat

Kalau anda nonton drama bersiri Nenek Kebaya anda akan lihat sarikata berbunyi ‘damnation’ setiap kali pelakon menyebut istilah celaka.

Damnation ialah kata nama yang bermaksud (answers.com):

  1. The act of damning or the condition of being damned.
  2. a. Condemnation to everlasting punishment; doom. b. Everlasting punishment.
  3. Failure or ruination incurred by adverse criticism.

Mungkin penterjemah menggunakan kamus dan lihat maksud celaka dalam bahasa Inggeris ialah damnation.

Bukankah istilah yang tepat untuk istilah celaka disebut seseorang ketika menyumpah ialah ‘damn it’?

Sarikata seperti ini sama lucu dengan sarikata yang dilakukan terhadap sesetengah filem Hong Kong. Kita tidak ketawa kerana aksi atau ungkapan pelakon-pelakon tetapi ketawa kerana membaca sarikata.

Mungkin pihak penterjemah (dan mandornya) termasuk penerbit menganggap remeh mengenai ‘hal kecil’ ini. Tetapi kalau semakin banyak drama televisyen yang menggunakan sarikata yang melucukan maka hmmm……… bak kata budak2 moden, “Lu fikir la sendiri.”


Herbalis Bahrain, RH (AHG)

SEMBANG_SEMBANG HERBA
www.sembangherba.blogspot.com


Buku terbaru saya di pasaran:


Tempah online dari mall.karangkraf.com