Tag: Pak Pandir, culun,
Cerita asal
Kepada yang lahir sebelum tahun 70an saya sangat biasa dengan cerita penglipur lara Pak Pandir. Kebanyakan aksi kedunguan Pak Pandir dalam menjalani hidup bersama Mak Andih amat lucu tetapi jangan ditiru.
Contohnya Pak Pandir melapah pehanya kerana beliau benar-benar percaya bila mak Andih kata beliau (Mak Andih) makan kepingan daging pehanya yang disalai.
Terdapat beberapa aksi bijak Pak Pandir dan Mak Andih setelah mendapati ayah gergasi mengamuk kerana mereka berdua menyebabkan kematian bayi gergasi. Anak gergasi mati tercekik kerana tulang lembu tersengkang ditekak!
Mereka lari lintang pukang dan berjaya menyeberangi sebuah sungai. Saya tak ingat bagaimana mereka menyeberangi sungai tersebut. Kemudian, mereka berjaya memperdaya gergasi dengan mengajarnya memasuki tempayan besar di mana mulutnya ditutup dengan daun keladi. Selang tidak berapa lama tempayan berisi gergasi berada dalam sungai, air sungai pun masuk ke mulut tempayan dan gergasi mati lemas.
Cerita sekarang
Bagaimanakah perasaan seseorang yang sedang dilamun cinta? Lain orang lain perasaan mereka. Walau bagaimana pun mungkin kebanyakan mereka yang dilamun cinta ingin selalu bertemu dengan pasangan yang dicintainya. Jika baru bertemu pun, sesetengahnya cepat rasa rindu.
Seorang jejaka yang tinggal di sebuah penempatan di kawasan berbukit di sekitar KL telah menempah tiket menuju ke Kedah. Beliau bercadang untuk menemui buah hatinya yang dikenali sejak dua tahun dulu. Mereka tidak pernah bersua muka, sekadar bercakap menggunakan telefon.
Setelah sekian lama bersembang dan ‘kenal hati budi’, wanita pujaan hati telah mempelawa datang ke rumahnya untuk diperkenalkan dengan emak ayah dan keluarganya. Yang bertuahnya cerita ini ialah remaja wanita ini seorang graduan manakala sijejaka hanya lulus SRP dan bekerja sebagai penjaga stor di sebuah gedung di Lembah Klang.
Tiket bas menunjukkan bas (bertolak dari Pudu Raya) jam 10:00 pagi. Jam 10 pagi beliau tidak sampai pun ke stesyen bas. Apa dah jadi?
Beliau bangun jam 9:30 pagi!
Beliau menumpang duduk rumah adik yang bersuami dan emaknya pun tinggal serumah. Emaknya pun sekadar bercerita bahawa anak lelaki tersebut tertinggal bas. Adik dan mak tidak kejut jejaka tersebut?
Hampeh.
Mak biasa bangun jam 11 atau 12 pagi/tengahari. Adik pula jam 3 petang!
Apa nak buat. Dah nasib.
Anda pernah dengar istilah culun?
Baru buka Kamus Dewan, tiada di situ. Kalau tulis buku terutama novel elakkan dari menulis dengan istilah yang tiada dalam Kamus Dewan. Editor akan cari penulis dan tanya pilihan istilah lain yang sesuai.
Sepertimana biasa, istilah yang tiada dalam sebarang kamus saya terima ia sebagai sebahagian dari bahasa. Mengapa? Bukankah bahasa dicipta?
Ok. Maksud culun (arwah mak saya kadang2 sebut perkataan ini) ialah bodoh-bodoh alang. Pada saya pula kes sebegini ialah lebih kepada tidak mengambil berat: jejaka, adiknya dan emaknya. Sama sahaja.
Kesian wanita remaja yang mengharapkan kedatangan jejaka kenalannya.
Nak tau apa abang wanita remaja itu kata pada jejaka tersebut?
“Nanti, bila datang bawalah emak sekali. Kalau ada emak, awak tentu akan sampai ke sini dan tidak tertinggal dek bas.”
Yang peliknya jejaka itu tidak make up pun, contohnya dengan datang pada bulan berikutnya. Hingga hari ini, peristiwa tersebut telah berlaku 6 bulan dulu.
Saya tidak tahu pandangan anda. Saya juga tidak tahu samada ada yang buat pertimbangan untuk mengatakakan bahawa cerita dan watak-watak dalam cerita ini silly. Terserah pada anda untuk menilainya.
Herbalis Bahrain, RH (AHG)
SEMBANG-SEMBANG HERBA
Dapatkan buku saya DIABETES JENIS 2 yang berkisar mengenai punca, pencegahan dan merawat Kencing Manis menggunakan kaedah nutrisi holistik hari ni.
Untuk beli online, klik link pautan berikut: mall.karangkraf.com












