Tag: budaya kampung, budaya tinggi, gotong-royong, kenduri, kerja kahwin, maljis perkahwinan
Setiap hari selama seminggu sebelum majlis kenduri kahwin rumah Pak Cu amat meriah. Orang-orang kampung, jiran tak usah cerita datang mengunjungi rumah Pak Cu. Suasana meriah ini lebih seronok dari sambutan hari raya.
Sorang datang bawa beras. Sorang datang bawa tin biskut. Sorang datang bawa makanan atau kuih-muih yang telah dimasak. Pak Cu bukanlah seorang wakil rakyat. Dia juag bukanlah seorang penghulu atau ketua kampung. Beliau penden askar beberapa tahun dulu dan balik kampung menidirikan rumah hasil perniagaan kecil yang dijalankan bersama isterinya.
Kelmarin, ruang tamu rumah Pak Cu penuh sesak. Orang-orang kampung datang bermesyuarat. Mak Su menyediakan dua tiga jenis air minuman. Dua jenis minuman panas iaitu kopi O pekat dan teh. Minuman sejuk pula ialah sirap ros.
Part ni paling seronok yang sudah lama tidak berlaku di kampung saya. Mesyuarat tersebut diadakan setiap kali kenduri kendara besar terutama kerja kahwin. Mesyuarat dijalankan oleh ahli jawatan kuasa dan ahli-ahli di bidang masing-masing.
Potong lembu, memasak, potong bawang dan angkat hidang tak usah cerita. Semua percuma. Yes. Tidak perlu bayar!
Pinggang mangkuk, kemah, kerusi meja dan alas meja, semua lengkap. Ia milik bersama orang kampung. Setiap tahun mereka pungut dana untuk duit pemuliharaan atau mengganti barang-barang lusuh dan rosak.
Situasi seperti saya sebutkan tidak berlaku di kampung tempat saya lahir. Saya percaya kebanyakan kampung mungkin mengalami perkara yang sama. Potong lembu mungkin percuma. Tapi upah masak beratus-ratus. Dan untuk gotong royong, kurang-kurang 20-30 ringgit salam kaut kena sedia.
MInggu terakhir sebelum majlis perkahwinan ialah minggu depan. Tapi sejak beberapa hari, jiran-jiran, saudara-mara, dan orang-orang kampung sudah mula datang bertanya kabar dan bertandang.
Alangkah tingginya nilai siratul rahmi orang-orang kampung ini.
Herbalis Bahrain, RH (AHG)
SEMBANG-SEMBANG HERBA
www.sembangherba.blogspot.com












