"Ya Allah, ajarkanlah kepada kami apa yang bermanafaat bagi kami, berikanlah manafaat kepada kami dengan apa yang Engkau ajarkan kepada kami dan berikanlah tambahan ilmu kepada kami. Kami memuji-Mu, ya Allah atas segala keadaan, dan kami berlindung kepada-Mu dari keadaan para penghuni neraka."
only search Sembang-sembang Herba
| ]
Share

tag: hantu, jin, kerasukan, saka, bomoh, pawang

Artikel berkaitan: Tok Alang Buang Saka



Caption: An eyewitness account of an Islamic-style exorcism carried out by an Imam in Brunei

Dua hari sebelum datang, Kak Ina (bukan nama sebenar) menelefon buat temu janji. Pada hari yang dijanjikan, Kak Ina datang ke pusat rawatan buang saka yang dikendalikan oleh seorang ustaz buang saka terkenal.

Kak Ina sampai jam 10:30 pagi. Orang datang berduyun-duyun dari seluruh pelusuk Malaysia. Maklumlah ustaz pakar buang saka ini keluar beberapa kali dalam televisyen. Kaca—kaca tv memaparkan bagaimana proses beliau dan pembantunya membuang saka.

Dalam tv, ustaz mengatakan upah adalah ihklas. Tup tup bila sudah duduk berbaris selama hampir dua jam, apabila Kak Ina tanya pembantu pusat rawatan mengenai bayaran, beliau beritahu pendaftaran campur ‘scanning’ RM80.00.

Jadi, kalau seseorang disahkan mempunyai jin dalam tubuhnya, mereka perlu datang pada waktu lain dengan membawa bahan-bahan seperti limau nipis dan upah buang jin. Ketika Kak Ina menunggu, beliau bersembang dengan beberapa orang pengunjung.

Seorang remaja wanita 20an yang duduk di sebelah Kak Ina kelihatan berserabut. Sesekali beliau kelihatan resah dan mengeluarkan bunyi Errrgghh diselang-seli dengan sebutan kalimat Allah dengan bunyi yang kasar. Menurut ibunya, kalau sedang berjaga beliau selalu menemani anaknya sambil berbual-bual.

Mereka telah berubat di beberapa tempat tetapi tidak juga kurang. Kes yang dialami oleh remaja tersebut dipercayai sebagai santau. Kali pertama berkunjung ke pusat rawatan tersebut, setelah menjalani imbasan, ustaz telah merawat beliau. Ibunya perlu membayar RM170, caj pendaftaran campur rawatan.

Ada kes-kes tertentu di mana selepas imbasan dan ustaz mendapati pengunjung mengalami gangguan jin, mereka diminta beli buku beliau berharga RM15 dan air zam-zam RM20 (pengunjung ingat-ingat lupa). Mereka tidak perlu datang kali kedua.

Saya tidak pernah mengunjungi pusat ini. Saya kira setakat ini pusat ini bunnyinya macam pusat pakar buang jin mendengar dari bilangan pengunjung yang datang. Pada hari Kak Ina datang, pengunjung ditaksirkan sekitar 100 orang. Pada hari-hari lain cecah 200 orang. RM80 seorang, sehari 100 orang, pusat tersebut mengutip RM8,000 sehari.

Pusat rawatan ini dibuka dari jam 10 pagi hingga 8 malam. Mereka yang datang jam 3 ke atas kadang-kadang boleh tunggu untuk terima perhatian/rawatan sampai keesokan pagi. Ustaz pakar buang saka dan pelbagai masalah berkaitan jin termasuk buatan orang tersebut mengaku pernah belajar selok-belok mengenai alam jin dan kaedah bagaimana menghindari gangguannya serta buang jin dari tubuh.

Dengar dari mulutnya seperti yang dipaparkan dalam televisyen, mereka yang mempunyai jin dalam tubuh akan segera tidak tentu arah atau menggeletar apabila berhadapan dengan beliau (anugerah Allah kepada segelintir hamba-Nya yang bertaqwa). Menurut Kak Ina, kebanyakan pengunjung tidak puas hati kerana ustaz tidak ada masa untuk beramah tamah dengan pesakit.

5 orang tidak kira samada dari ahli keluarga atau bukan menjalani proses imbasan pada satu-satu masa. Jadi, ustaz sekadar bertanya ada mimpi atau tidak dan meletakkan tangan ke ubun-ubun. Kebanyakan pengunjung suka kalau dapat memberitahu sejarah bagaimana mereka atau ahli keluarga yang disihir atau mempunyai saka dalam tubuh. Disebabkan pengunjung terlalu ramai, ustaz tidak dapat melakukan seperti yang dibayangkan oleh pengunjung-pengunjung.

Remaja wanita yang dipercayai kena santau tadi datang untuk kelai kedua. Selepas berubat kali pertama dengan ustaz yang sama, ibu beliau kata keadaan beliau menjadi lebih teruk. Jadi, dengan datang pada kali kedua, wanita berumur sekitar 60 an ini berharap keadaan anaknya beransur-ansur berkurangan.

Ramai yang tidak tahu rupanya-rupanya terdapat pakar buang santau dan buang saka secara Islami. Suatu ketika dulu memang ada ustaz-ustaz yang dikenali memang ‘pakar’ buang santau atau saka. Atas sebab-sebab tertentu termasuk mungkin tidak berkesan, mereka semakin tidak dikunjungi. Lagi pun dengarnya sesetengah dari ustaz tersebut dengarnya mengamalkan ilmu campur aduk.

Kalau anda dapati diri anda atau ahil keluarga anda terkena sihir atau mempunyai saka dalam tubuh, kunjungilah ustaz-ustaz yang benar-benar menjalankan ugamanya secara Quran dan Sunnah. Elakkan dari mengunjungi pawang yang bertopengkan ayat Quran dan menurun. Menurun dengan konon roh wali itu dan ini yang masuk ke dalam tubuhnya. Roh wali tidak boleh masuk ke dalam tubuh manusia. Roh-roh wali sibuk menikmati pemandangan kenikmatan syurga dalam alam barzakh sementara menunggu Hari Qiamat.

Yang kata roh-roh wali balik ke dunia, membantu orang lain dalam kesusahan dengan masuk ke dalam tubuh pawang adalah anggapan orang-orang bodoh Mereka celik mata tetapi tidak celik hati dan akal terhadap apa yang ajar oleh Quran dan Nabi SAW. Ia adalah kepercayaan sesetengah orang yang mengamalkan ilmu tasauf (sufiisme) yang sesat lagi menyesatkan. Roh orang mati tinggal dalam alam barzakh iaitu alam selepas seseorang meninggal dunia sementara menunggu dibangkitkan dalam alam akhirat.

Muka hadapan akhbar I Luv Islam bil 17, 25 Jun – 1 Julai 2010 memaparkan judul Tok Bomoh – Kepercayaan atau Penawar? Selain muka hadapan, topik yang sama bersambung di halaman 5-7.

Herbalis Bahrain, RH (AHG)

SEMBANG-SEMBANG HERBA

www.sembangherba.blogspot.com