Mungkin ramai tak pernah dengar kari Abadi. Yang famous ialah kari Adabi. Kari Abadi ni sebagaimana kari Adabi popular sejak zaman berzaman. Konon menurut cerita ramuan kari diperoleh dari nenek-moyang pemilik pengusaha kilang.
Sejak tahun 80an dulu sampai sekarang macam tu je lah rasa karinya. Baik kari ayam/daging mahu pun kari ikan. Rasanya seragam. Mungkin jika syarikat ini mengekalkan rasa kari-karinya seperti yang ada pada hari ini, 400-500 tahun nanti lagi la mereka boleh dakwa dengan megah bahawa kari mereka kekal sejak zaman-berzaman selama beratus-ratus tahun terutama dari segi formulasi dan rasa.
Kari-kari Abadi banyak dijual di seluruh pelusuk Malaysia samada di kedai-kedai runcit, di pasar mahu pun di pasayara besar. Sejak kebelakangan ni ada dengar desas desus cerita permintaan kari Abadi merosot sedikit. Perkara ini tidak boleh dibiarkan berlarutan kerana jika semakin merosot, pasaraya besar dan kedai-kedai runcit bosan dah nak jual kari-kari Abadi.
Kalau kari-kari dari syarikat Baba atau cap Allagapa lebih laju dan pesanan sering di buat, dua-dau pihak dapat untung. Penjual dan pengusaha. Kalau tak laku, dua-dua rugi. Jadi, penjual tak minat dah nak jual kari-kari Abadi.
Punca kemerosotan kerana ada kari saingan. Tadi tulah. Baba’s dah jadi household name. Baba’s ada jual kari dalam paket-paket kecil serta serbuk cili kering dalam paket kecil. Syarikat Abadi jual perencah-perencah tersedia yang mudah digunakan orang bersesuaian dengan kehidupan yang sibuk zaman sekarang.
Kita cuba tanya kepada mereka yang suatu ketika dahulu cukup taksub dan ketagih dengan kari-kari Abadi. Mereka tukar kepada kari syarikat lain atas sebab-sebab tertentu. Saya sendiri sejak dulu memang sangat jarang beli kari-kari Abadi. Doesn’t suite my taste bud. Kari India dari pelbagai syarikat juga yang menarik cita-rasa saya.
Kepada yang tidak suka kari-kari Abadi berpunca dari rasa, syarikat ini sepatutnya sudah lama menghidu keadaan ini. Syarikat boleh berusaha dengan buat kaji selidik. Pasang promoter/intervewer di pasaraya-pasaraya besar. Tanya makcik-makcik yang beli kari-kari kompetitor dari segi apa mereka kata kari Abadi tidak sedap.
Jangan biarkan. Kalau tak nanti jadilah luncai. Biarkan…… biarkan….. biarkan Luncai terjun dengan labu-labunya. Luncai bijak, Pengusaha Abadi mungkin kecundang jika tidak berbuat sesuatu.
Janganlah harapkan customers loyalty semata-mata berdasarkan orang Melayu Islam akan terus-terusan beli kari Abadi kerana ia dikeluarkan oleh pengusaha bumiputera. Buatlah sesuatu, sebelum kari-kari anda semakin berkurangan di gunakan di muka bumi ini.












