"Ya Allah, ajarkanlah kepada kami apa yang bermanafaat bagi kami, berikanlah manafaat kepada kami dengan apa yang Engkau ajarkan kepada kami dan berikanlah tambahan ilmu kepada kami. Kami memuji-Mu, ya Allah atas segala keadaan, dan kami berlindung kepada-Mu dari keadaan para penghuni neraka."
only search Sembang-sembang Herba
| ]
Share

     Pada suatu pagi saya menggunakan Jalan Duta menuju ke Damansara. Ketika itu hujan turun agak lebat dan kenderaan bergerak terhincut-hincut. Mungkin berlaku kemalangan di hadapan, saya berbisik sendiri.
     Sampai dekat jejambat sebelum simpang ke sebuah jalan menuju ke ibu kota, saya dapati kenderaan di lorong paling tepi mula melencong ke lorong sebelah kanan. Saya sendiri memetik lampu isyarat dan menggunakan lorong paling kanan.
     Di bawah jambatan, terdapat sekumpulan penunggang motosikal sedang berteduh. Inilah punca kesesakan yang saya sangkakan berlaku kemalangan tadi. Waktu hujan, penunggang-penunggang motosikal memang cari tempat berteduh. Bawah jejambat, behenti di perhentian bas, di kedai-kedai kopi.
     Motosikal cc kecil ialah kenderaan yang paling banyak atas jalan raya. Ia merupakan kenderaan yang dominan iaitu melebihi 53% dari semua jenis kenderaan. Motosikal cc kecil mudah dikendalikan dalam pelbagai keadaan. Jisimnya yang ringan memudahkan penunggang menggelek ke kiri ke kanan ketika waktu kesesakan.
     Berikut ialah perangai segelintir/sesetengah penunggang motosikal di ibu kota:
Langgar lampu merah
     Lampu hijau dia jalan, lampu merah pun dia bedal.
Menyongsang
     Jalan biasa atau jalan sehala, ada yang datang menyongsang.
Suka memicit hon
     Semakin ramai pemandu kereta jadi kalangan pemandu berhemah dengan tidak menekan hon kecuali sangat perlu.
     Segelintir penunggang motosikal? Kalau dia dah perah minyak, dia tak boleh lepaskan sikit pun. Walau pun dianampak kereta depan beri isyarat untuk membelok dia tetap perah minyak, memicit hon panjang (bukan beri peringatan tapi macam marah!) dan memotong.
     Yang paling menarik katakan anda beri isyarat laumpu kiri kerana nak tukar ke lorong kiri. Anda dengar penunggang motosikal bunyikan hon beberapa meter di belakang. Anda mula masuk ke lorong kiri secara perlahan-lahan.
     Penunggang motosikal tetap memecut dan POTONG DARI KIRI dengan rapat dan laju!
Motosikal tiada brek
     Perangai sesetengah penunggang motosikal ialah apabila sudah memerah minyak, pantang kalau dia orang brek. Brek mereka gunakan untuk berhenti sahaja, dengan kerelaan hati. Bukan untuk membeli laluan kepada kereta dan kenderaan lebih besar. Mereka tidak rela kenderaan besar ‘ganggu’ perjalanan mereka.
Di simpang
     Apabila kita sampai ke simpang untuk belok kiri di sebuah jalan yang kecil, jangan pandang kanan sahaja. Sebab? Mungkin tiba-tiba terpacul sebuah motosikal betul-betul di sebelah kiri kereta anda.
     Jika anda belok kiri tanpa beri laluan kepada motosikal (jenis yang suka menghimpit kereta orang) tadi, paling kurang kereta anda calar-balar kalau tak remuk pun.
Potong wajik
     Kita sedang memandu secara cermat dan tenang. Tiba-tiba terdapat sebuah motosikal potong wajik dari kanan ke kiri secara berbahaya.
Sebelah kenderaan besar
     Ni jenis kurang pengalaman, jenis tak dengar nasihat, degil. Bukan sahaja ketika menunggang motosikal, memandu kereta sama je. Elakkan dari berhenti di sebelah kenderaan besar seperti lori dan bas terutama di simpang jalan. Motosikal kena gilis dengan penunggang-penunggang penyek. Kereta pun boleh jadi ‘pulah kace’ ß--- (bahasa Kelantan: remuk teruk).
     Begitu juga di jalan-jalan raya dan lebuh raya. Memotong kenderaan besar kena ada kira-kira dan gaya. Silap kira-kira dan gaya masuk kalendar sebagai tragedi ngeri! Digilis putus dua atau hilang kepala!
Kalau motosikal jadi motosaik tuk-tuk
     Di bandar-bandar tertentu di Thailand, tuk-tuk digunakan sebagai pengangkutan awam. Truk kecil digunakan sebagai tuk-tuk. Dan yang paling menarik, motosikal juga digunakan sebagai tuk-tuk.
     Penunggang-penunggang motosikal termasuk penunggang motosaik tuk-tuk menunggang motosikal dengan cermat dan selamat. Bukti? Kemalangan melibatkan semua jenis kenderaan adalah rendah. Tak macam di Malaysia. Kemalangan jalan raya adalah antara yang terburuk di dunia. Kemalangan melibatkan motosikal kalau tak silap lebih dominan dari jenis kenderaan lain.
     Anda bayangkan apa akan jadi kalau dewan rakyat Malaysia luluskan tuk-tuk motosikal sebagai sebahagian pengangkutan awam. Selepas seminggu sahaja mungkin terdapat pelbagai laporan. Mungkin dari segi kecelakaan jalan raya dan salah laku.
     Mana perginya sopan-santun dan hidup beradab yang dilaung-laungkan oleh rakyat Malaysia? Adakah sopan-santun dan hidup beradab hanya pada majlis-majlis tertentu dan di lingkungan tertentu sahaja? Di jalan-raya kita ubah perangai dan tidak considerate terhadap orang lain?
     Memang ada lagi gelagat-gelagat penunggang motosikal. Kalau saya teringat nanti saya akan sambung.
Herbalis Bahrain, RH (AHG)
SEMBANG-SEMBANG HERBA
www.sembangherba.blogspot.com