Skel INES mungkin lebih buruk dari Three Mile Island dan sama buruk dengan Chernobyl?
Artikel terjemahan berikut ialah untuk tujuan analisa berkaitan jenis dan tahap radiasi serta impak insiden kepada penduduk dan alam sekitar Jepun.
Artikel terjemahan berikut ialah untuk tujuan analisa berkaitan jenis dan tahap radiasi serta impak insiden kepada penduduk dan alam sekitar Jepun.
March 16, 2011.
Keadaan kilang penjana tenaga nuklear Fukushima Jepun dikatakan semakin buruk. Terdapat pelbagai andaian bahawa krisis yang berlaku lebih buruk dari kes Three Mile Island.
Ahli-ahli akademik dan pakar-pakar nuklear bersetuju bahawa masalah yang berlaku di reaktor-reaktor nuklear Fukushima Daiichi sangat teruk. Jalan penyelesaian yang dicadangkan untuk menyejukkan rod nuklear dan kolam mengandungi bahan bakar nuklear terpakai dikatakan sebagai langkah terakhir. Ia mungkin diingati sebagai salah satu mala petaka industry dunia yang terburuk.
Kesemua enam reaktor dikatakan mengalami masalah samada kerana atap terlopong berpunca dari letupan, struktur-stuktur bekas rod nuklear yang berpotensi untuk retak atau rod-rod bahan bakar yang terdedah serta peningkatan risiko letupan.
KOLAM MENGANDUNGI ROD TERPAKAI
Yang paling membimbangkan ialah kebakaran yang berlaku pada kolam besar mengandungi rod-rod bahan api nuklear terpakai serta letupan yang berlaku di bangunan mengandungi kolam tersebut serta reaktor No. 4. Kolam yang terbakar yersebut terdedah kepada pelbagai elemen, tidak seperti batang-batang reaktor yang terlindung dalam logam dan konkrit.
“Saya katakan bahawa ia serupa dengan kemalangan Three Mile Islan tetapi tidak sampai tahap Chernobyl.” Kata Keith Holbert, pengarah Nuclear Power Generation Program at Arizona State University (ASU). Beliau juga bertugas sebagai pembantu profesor di situ.
Kemalangan yang berlaku di kilang penjana tenaga nuklear Three Mile Island di Pennsylvania pada tahun 1979 merupakan yang terbesar dalam sejarah Amerika Syarikat. Separuh dari batang reaktor di sebuah unit cair berpunca dari kehilangan bahan penyejuk. Walau agaimana pun, tiada sebarang kecederaan berlaku.
Kemalangan Chernobyl di Ukraine pada tahun 1986 merupakan kejadian terburuk dalam sejarah indusrti di mana letupan menyebabkan wasap mengandungi bahan-bahan nuklear tersebar luas ke sebahagian besar benua Eropah.
Beberapa pakar berkata bahawa pihak berkuasa Jepun tidak menilai tahap insiden berdasarkan keadaan yang berlaku terutama berkaitan skel dikenali sebagai INES yang digunakan untuk menilai insiden nuklear. Setakat ini pihak berkuasa Jepun memberi tahap empat ke atas kemalangan Fukushima. Skel INES terdiri dari skel satu ke tujuh. Three Mile ialah tahap lima manakala Chernobyl tahap tujuh.
Penilaian tersebut dikeluarkan pada hari Sabtu. Sejak itu, situasi sudah bertukar menjadi semakin buruk.TEPCO dipetik sebagai berkata bahawa kebakaran berlaku di bangunan mengandungi reaktor No.4
Dalam masa beberapa jam lepas, pengusaha kilang TEPCO berkata bahawa kebakaran berlaku di bangunan mengandungi reaktor No. 4. Ia adalah reaktor yang mengandungi kolam bahan api nuklear terpakai.
Kyodo News melaporkan dengan memetik kenyataan TEPCO bahawa rod-rod bahan api di reaktor No. 1 mengalami 70% kerosakan dan rod-rod di reaktor No. 2 mengalami 30% kerosakan. Beberapa minit selepas 10 pagi hari Rabu waktu tempatan (Jepun), TV Jepun melaporkan asap putih didapati keluar dari reaktor No. 4.
Asap putih bermaksud pelepasan stim (wap) bukan petanda baik.” Kata Dr. Holbert dari ASU.
Agensi Keselamatan Nuklear Jepun dilaporkan sebagai berkata bahawa dua orang pekerja hilang. Ia mendedahkan bahawa keretakan berlaku pada bumbung bangunan sama selepas mengalami letupan sebelum itu.
Agensi Tenaga Atom Antarabangsa berkaya bahawa TEPCO bercadang membuang panel-panel di reaktor-reaktor No. 5 dan No. 6 bagi menghalang hidrogen dari terkumpul. Pengumpulan hidrogen dikaitkan dengan letupan-letupan yang berlaku pada beberapa reaktor beberapa hari lepas.
“Kejadian ini bagaikan mimpi buruk yang berlaku secara beransur-ansur.” Kata Dr. Thomas Neff, penyelidik di Pusat Kajian Antarabangsa iaitu sebahagian dari Massachusetts Institute of Technology. “Ia sepatutnya dinilai pada tahap lima atau enam (skel INES). Terlalu awal untuk menilai kerana insiden masih belum berakhir.”
Pakar-pakar berkata politik antarabangsa mula semakin jelas menekan Jepun. Pihak berkuasa Perancis ASN berkata insiden yang berlaku sepatutnya dikelaskan pada tahap enam.
“Kita sekarang sedang mengalami situasi yang berbeza dari kelmarin (semalam).” Kata presiden ASN, Andre-Claude Lacoste.
Sebuah badan Amerika iaitu Insitut Sains dan Keselamatan Antarabangsa (ISIS) berkata, “Kejadian ini hampir kepada tahap enam dan jika tidak bernasib baik ia akan mencecah tahap tujuh.” ISIS berkata dalam laman sesawangnya. David Albright, pengasas ISIS adalah seorang ahli fizik yang telah menerbitkan catalog-katalog berhubung bahan nuklear ke seluruh dunia.
Namun, pada masa sama kebanyakan pakar berkata bahawa kemalangan yang berlaku masih jauh berbeza dibandingkan dengan letupan besar Chernobyl.
Kebimbangan tercetus terhadap keputusan mengeluarkan 750 dari 800 pekerja dari tempat kejadian. Keputusan tersebut menimbulkan tanda tanya samada bilangan petugas mencukupi untuk mengatasi masalah-masalah yang semakin bertambah.
“Evakuasi pekerja dilihat sebagai tanda mengaku kalah.” Kata Paul Gunter, pengarah Projek Pemerhatian Reaktor dari kumpulan alam sekitar Beyond Nuclear. Beliau berkata bahawa bilangan pekerja yang kecil tidak boleh diharapkan untuk menangani enam reaktor dalam keadaan yang berlaku sekarang.
Sungguh pun kebanyakan orang membayangkan malapetaka nuklear berlaku berpunca dari keretakan atau letupan, namun saintis-saintis berkata masalah terbesar sekarang ialah kolam-kolam mengandungi bahan api nuklear terpakai yang kehilangan air dan terbakar sejak beberapa hari lepas.
“Hingga sekarang, mereka masih tidak boleh mendekati rod-rod terpakai kerana pakaian keselamatan hanya melindungi pekerja dari menghidu partikel-partilel radioaktif tetapi tidak melindungi radiasi.” Kata Peter Hosemann, profesor di jabatan kejuruteraan nuklear Universiti California di Berkeley.
Hosemann mencadangkan, langkah paling mudah di reaktor No. 4 ialah rekahan di bumbung bagi memudahkan helicopter menjirus air ke kolam-kolam untuk menyejukkannya.”
Menurut pakar-pakar industry, penyelasaian menggunakan jirusan air dari udara menunjukkan sistem-sistem tertentu di reaktor tidak berfungsi.
“Orang ramai mungkin tidak tahu ia berlaku. Mungkin peralatan menyukat air tidak berfungsi dengan betul, rosak kerana gempa bumi, atau pekerja sibuk menangani pelbagai masalah di kilang penjana hingga terlepas pandang kepada paras air di kolam mengandungi bahan api nuklear terpakai.” Kata Seth Grae, ketua eksekutif perunding nuklear LughtBridge Corp.
“Telahan saya ialah mereka sepatutnya telah berjaya mengatasinya sebelum ia menjadi masalah besar – kita bercakap mengenai hos.”
Apa pun bentuk jalan penyelesaian akan mengambil masa. Dr Holbert (ASU) dan pakar-pakar lain berkata menutup sebuah reaktor (dari berfubgsi?) hanya memulakan langkah menamatkan masalah.
“Ia akan merupakan tugas yang mengambil masa yang lama kerana mereka perlu menyejukkan (rod-rod bahan api terpakai) secara terus-terusan. Mereka juga perlu mebangunkan sesuatu untuk jangka panjang.” Kata Elmer Lewis, profesor Emeritus dalam kejuruteraan mekanikal dari Northwestern University di Illinois.
Sumber: http://www.reuters.com/article/2011/03/16/us-japan-quake-nuclear-us-idUSTRE72F08720110316?pageNumber=2
Berita berkaitan kebakaran di reaktor No. 4, beberapa jam kemudian:
March 16 (Reuters) - Flames seen earlier at Japan's Fukushima Daiichi No.4 nuclear reactor are no longer visible, public broadcaster NHK reported on Wednesday.
The No.4 reactor, one of six nuclear reactors at the Daiichi complex, had been shut for regular maintenance before last week's powerful earthquake crippled the power plant.
http://www.reuters.com/article/2011/03/15/jpan-quake-reactor-idUSLKE7DB01R20110315
(Updates with fresh comment in paragraph 3, background)
TOKYO, March 16 (Reuters) - The wind near a quake-damaged nuclear complex in northeast Japan, which has released radiation into the atmosphere, will blow from the northwest and out into the Pacific Ocean on Wednesday, a weather official said.
The wind speed will get stronger in the afternoon, blowing as fast as at 12 metres (39 ft) per second, said the official at the Japan Meteorological Agency in Fukushima prefecture, where the plant is based.
"It is likely to continue blowing from the northwest until early evening and from the west at night," another official at the Fukushima's weather agency told Reuters.
The Fukushima Daiichi plant, run by Tokyo Electric Power Co. (TEPCO) , is about 240 km (150 miles) north of Tokyo on the country's northeast coast.
Bad weather in the Fukushima area is worsening visibility, keeping the government from deploying military helicopters to douse one of the reactors of the Fukushima Daiichi nuclear facility, Kyodo news agency reported.
Fire broke out at the quake-hit plant on Wednesday and workers were ordered to withdraw briefly from the facility after radiation levels surged, Kyodo reported.
The plant has sent low levels of radiation wafting into Tokyo in the past 24 hours, triggering both fear in the capital and international alarm.
Officials said radiation in Tokyo was 10 times normal at one point on Tuesday, but not a threat to human health in the sprawling high-tech city of 13 million people.
A massive earthquake and tsunami on Friday crippled the plant's cooling functions, forcing operator Tokyo Electric Power Co to pour sea water into the reactors, releasing radioactive air into atmosphere.
http://www.reuters.com/article/2011/03/16/japan-quake-wind-idUSL3E7EF3Y520110316
Berita berkaitan kebakaran di reaktor No. 4, beberapa jam kemudian:
March 16 (Reuters) - Flames seen earlier at Japan's Fukushima Daiichi No.4 nuclear reactor are no longer visible, public broadcaster NHK reported on Wednesday.
The No.4 reactor, one of six nuclear reactors at the Daiichi complex, had been shut for regular maintenance before last week's powerful earthquake crippled the power plant.
http://www.reuters.com/article/2011/03/15/jpan-quake-reactor-idUSLKE7DB01R20110315
Wind to blow towards Pacific from quake-hit Japan plant