"Ya Allah, ajarkanlah kepada kami apa yang bermanafaat bagi kami, berikanlah manafaat kepada kami dengan apa yang Engkau ajarkan kepada kami dan berikanlah tambahan ilmu kepada kami. Kami memuji-Mu, ya Allah atas segala keadaan, dan kami berlindung kepada-Mu dari keadaan para penghuni neraka."
only search Sembang-sembang Herba
| ]
Share

     Reaktor nuklear Fukushima memang mengalami kerosakan dan setakat ini berlaku dua letupan berpunca dari gemba bumi berskala besar Jumaat lepas. Malangnya terdapat ‘pakar-pakar’ yang memandai-mandai mencipta SMS memberi amaran supaya kita semua berjaga-jaga dan mengambil langkah-langkah tertentu.
     SMS yang dipercayai bermula di Filipina ini memberi amaran bahawa radiasi dari reactor bermasalah tersebut akan sampai ke Filipina dan negara-negara lain di Asia hari ini (Mac 14, 2011). Setiap orang dinasihatkan supaya tinggal di dalam rumah untuk keselamatan terutama pada hari hujan.
     Teks SMS yang saya terima hari ini dari beberapa orang rakan:
BBC FLASHNEWS:
     "BBC FLASHNEWS: Japan government confirms radiation leak at Fukushima nuclear plants. Asia countries should take necessary precautions. If rain comes, remain indoors first 24hrs. Close doors & windows. Swab neclskin with betadine where thyroid area is, radiation hits thyroid first. Take extra precautions. Radiation may hit Phil at starting 4pm today. Pls send to your loved ones."
     Agensi Nuklear Malaysia sudah pasti sentiasa berjaga-jaga dan mengambil berat mengenai letupan yang merosakkan reaktor nuklear Fukushima. Sebarang kejadian yang menimbulkan bencana kepada rakyat seperti kebocoran (dalam bentuk wasap atau cecair) nuklear akan diumumkan kepada rakyat secara serta-merta.
     Kerajaan Jepun sudah tentu memaklumkan sebarang kejadian kebocoran radiasi yang boleh memburukkan jiran-jiran Asia seberapa segera yang mungkin. Jika kebocoran nuklear berlaku pada tahap yang sangat buruk melibatkan rakyat pulau Honshu dan pulau-pulau lain sudah tentu kerajaan Jepun mengumumkannya secara terbuka.
     Memang terdapat kemungkinan, kerajaan Jepun cuba tidak membesar-besarkan risiko kesihatan berpunca dari kebocoran radiasi tersebut (seperti yang berlaku kepada muntahan minyak mentah di Teluk Mexico tahun 2010 di mana BP terbabit- Kerajaan Amerika dikatakan menyembunyikan saiz tumpahan sebenar dan impak kepada penduduk dan alam sekitar). Tentera laut Amerika dikatakan (BBC NEWS Feb 14, 2011) beredar keluar setelah mengesan radiasi rendah sejauh 160 km dari pantai.
     Pada pandangan saya, jika anda menerima teks SMS tersebut atau yang seumpamanya, abaikan sahaja. Seperti dinyatakan, SMS ini dipercayai bermula di Filipina dan kemudian merebak ke Malaysia. Ia mungkin juga merebak ke negara-negara Asia lain dan negara-negara Asia Tenggara termasuk Singapura, Indonesia dan Brunai.
     The Philippine Nuclear Research Institute (PNRI) telah mengeluarkan kenyataan bahawa paras radiasi di Filipina adalah normal. Berikut ialah kenyataan yang dimaksudkan:
     "The DOST-PNRI routinely undertakes daily radioactivity monitoring in the environment. Based on DOST-PNRI monitoring, there has been no increase in the levels of radioactivity since the time of the Fukushima event."
     "A plume trajectory study from the Fukushima site by the World Meteorological Organization based in Melbourne, Australia showed that the plume from the site of the incident will not pass the Philippine territory as of March 14, 2011."


     Walau pun telah berlaku dua letupan dan kemungkinan pencairan rod di reaktor Fukushima, tiada kebocoran berlaku yang dikhuatiri sampai ke negara-negara jiran. Setakat Feb 14, hanya mereka yang berada dalam kawasan berjejari 12 km dari tempat kejadian dikatakan menerima kesan radiasi.
     Tokyo Electric Power Company menafikan letupan yang berlaku boleh merosakkan dinding tebal yang melindungi rod-rod nuklear. Namun, Yukio Edano, Setiausaha Ketua Kabinet tidak menolak kemungkinan pencairan rod sedang berlaku sungguh pun ia tidak dapat dikesan secara langsung.

    
     Kita lihat kadar kebocoran reaktor nuklear Fukushima tersebut dibandingkan dengan tragedi Chernobyl  seperti disebut dalam BBC NEWS:
     "Experts say a disaster on the scale of Chernobyl in the 1980s is highly unlikely because the reactors are built to a much higher standard and have much more rigorous safety measures."

Sumber: http://www.bbc.co.uk/news/world-asia-pacific-12729138

Herbalis Bahrain, RH (AHG)
SEMBANG-SEMBANG HERBA
www.sembangherba.blogspot.com