"Ya Allah, ajarkanlah kepada kami apa yang bermanafaat bagi kami, berikanlah manafaat kepada kami dengan apa yang Engkau ajarkan kepada kami dan berikanlah tambahan ilmu kepada kami. Kami memuji-Mu, ya Allah atas segala keadaan, dan kami berlindung kepada-Mu dari keadaan para penghuni neraka."
only search Sembang-sembang Herba
| ]
Share


 “Oghang malas dah nak beritahu.” Itulah yang sering diungkapkan seorang ibu kepada adiknya setiap kali ia mengalami masalah komunikasi dengan anak-anaknya.
Ketiga-tiga anaknya sudah besar panjang. Yang pertama lelaki berumur 23 tahun. Yang kedua perempuan berumur 21 tahun dan yang akhir perempuan juga berumur 18 tahun.
Kesemua anaknya sudah bekerja termasuk anaknya yang bungsu. Anak bungsu kadang-kadang tu adalah juga tanya ibu nak makan apa. Balik dari gerai adalah makanan yang dijinjit buat ibunya.
Anak-anak sulung dan tengah? Hampeh!
Gaji anak yang pertama RM1800 sebulan, masuk ovetime adalah 2 ribu lebih. Gaji anak kedua RM3000 sebulan. Gaji anak ketiga RM sebulan. Belum masum separuh bulan gaji ketiga-tiga anak habis.
Anak pertama menggayakan kereta Myvi, bayar 550 sebulan. Tolak duit petrol, makanm hisap rokok dan duit enjoy, duit habis. 10 hb kokel duit emak.
Anak kedua pinjam kereta ibu. Lepas tuang petrol pergi balik kerja, enjoy dan err belanja setiap awal bulan dek kerana ‘bela’ jantan (????!!!!) pun duit habis gitu je.
Anak yang ketiga pun suka hambur duit,
Apakah punca masalah ini?
Siibu dengonya tak pernah kabo anak-anak, tak pernah nasihat anak-anak. Kalu tak pernah kabo, tak pernah nasihat, mana anak nak tau.
Dari 100 anak payah 1 yang boleh berfikir sendiri.
Punca asas?
Dengo ceritanya, siibu masa kecik, remaja dan sampai la ini buat perkara yang sama terhadap emaknya. Lokek, kedekut semua cukup. Pak kal la emaknya bukan orang kaya. Kalau kaya tak tau la. Mungkin cerita yang saya tulis ni akan jadi lebih hebat lagi.
Emaknya pun dengo-dengonya tak tau nak ngabo atau nasihat anak. Main bio je. Jadi, anak-anak membesar mencorakkan sikap cara mereka sendiri. Tak de guideline langsung.
Didikan. Apa maksud didikan? Saya tak tengok kamus. Yang saya faham didikan ialah proses melatih seseorang. Beritahu, tegur kalau terkucil. Ini pun termasuk didikan.
Ada siibu pernah sebut ke anak-anak supaya beri ibu sekian-sekian banyak setiap bulan? Tidak ada. Yelah, konon untuk jadi ibu yang baik, ibu mithali, ibu yang tidak mengharapkan balasan.
Hmm…… wahai ibu. Sekarang bukan balasan yang ibu terima dari anak-anak. Tapi bahana. Bahana akibat tidak berkomunikasi secara betul dengan anak-anak ibu tau?
Pada pandangan saya, anak-anak kena dilatih supaya wujud rasa tanggung-jawap terhadap diri mereka sendiri, terhadap ibu-bapa dan terhadap adik-beradik. Ketiga-tiga anak ni memang baru masuk ke alam remaja 20 an (18 pun diambang). Mereka sepatutnya dilatih untuk belanjakan duit untuk bayar duit sewa bilik, duit makan, dan duit api air.
Jadi, abang sulung boleh hulur emak RM200 setiap bulan. Anak tengah 200-300 sebulan. Anak bungsu 50-100 sebulan.
Ini?
Mak masak dan belanjakan duit untuk makanan engkau.
Mak basuh dan gosok baju engkau.
Emak kemas bilik engkau.
Emak keluarkan duit petrol selepas 10 hb setiap bulan.
Yang engkau orang buat?
Keluar masuk rumah macam hotel.
Pergi kerja, makan, tidur, berak, internet, enjoy.
Apa faedah untuk pembangunan diri sendiri dan keluarga?
NIL
Itu bab anak. Ibu?
Hmmm…….. ibu buat anak-anak ibu sama je macam emak ibu bela ibu dulu.
Bezanya emak ibu tak pergi sekolah, setakat sekolah sampai darjah enam. Ibu pula ada ijazah. Tapi tula bu. Pandai dapat seglung ijazah tapi ibu tak guna kuasa intelek betul-betul bu.
Ibu memerhatikan dan menganalisa kejadian yang berlaku di sekeliling. Orang tengok drama ibu tengok. Sama je macam emak ibu. Tapi tak diambil hemah, tak diambil pelajaran. Tak ditiru mana yang baik dan tinggalkan mana yang tak sesuai. Ibu dan emak ibu sama je dalam menilai drama-drama sama ada di kaca tv atau kehidupan sebenar. Orang ketawa ibu ketawa. Orang menangis ibu menangis. Hasilnya tidak ada.
Sebab?
Ibu tidak ambil pelajaran. Ibu seakan-akan sama je macam emak ibu yang tidak pergi sekolah tinggi tu. (Ramai orang tak bersekolah tinggi boleh berfikri dengan cekap dan mendidik anak seberapa optima yang mungkin, kecuali emak ibu. Itu pun dengarnya emak ibu memang karakternya sudah bergitu sejak kecil (mungkin sejak azali, bodoh-bodoh alang gitu).
Hmmm….. wake up bu.
Ibu tak pernah rasa berdosa ke atas perbuatan-perbuatan ibu terhadap emak. Ibu jerit ke emak kalau tak dapat apa yang ibu nak. Nah. Sekarang anak-anak jerit ke ibu. Ibu susah nak dengar nasihat emak dan bapa. Now? Anak-anak ibu buat perkara yang sama.
Buat kesalaha, buat dosa perlu ada kesedaran bu. Jangan malu untuk mengaku ibu bersalah buat dosa. Ibu yang rapat dengan anak-anak akan beritau anak-anaknya perangai dia masa kecik kepada anak-anaknya dan tidak mengulanginya lagi.
Jadi, ngaku perbuatan-perbuatan buruk ibu terhadap emak ibu di hadapan anak-anak. Tak de salahnya. Ngaku. Tak luak pun. Dengan mengaku sebenarnya salah satu cara mendidik anak.
Dan…….
Pada masa yang sama beritahu anak-anak supaya tidak melakukan perkara yang sama terhadap ibu.  
Umur ibu dah masuk 50. Masih ada masa untuk ibu berkomunikasi dengan anak-anak.
Pendam. Ngadu pada kawan-kawan dan adik beradik memang ada eloknya. Tapi bu. Ibu tak matang. Tiada apa yang berubah kalau ibu tidak ambil langkah untuk mengubah sesuatu.
Tool nya ialah komunikasi, bu.
Untuk pembaca-pembaca budiman. Terdapat pelbagai teknik untuk menghasilkan komunikasi yang baik. Dan, jangan sesekali lupa untuk kaitkan kehidupan dengan ugama, dengan balasan Hari Akhirat ketika berkomunikasi dengan anak-anak.
SEMBANG-SEMBANG HERBA
www.sembangherba.blogspot.com