"Ya Allah, ajarkanlah kepada kami apa yang bermanafaat bagi kami, berikanlah manafaat kepada kami dengan apa yang Engkau ajarkan kepada kami dan berikanlah tambahan ilmu kepada kami. Kami memuji-Mu, ya Allah atas segala keadaan, dan kami berlindung kepada-Mu dari keadaan para penghuni neraka."
[2:18 AM
|
]
Malam tadi (kelmarin, May 4, 2011) saya dan isteri menonton filem Fast Furious 5. Hati kami tertarik dengan preview yang ditayangkan berkali-kali sebelum ini.
Filem ini mengisahkan bagaimana Dom dan O’Conners dan rakan-rakannya merompak harta milik Reyes, seorang jutawan ternama di Rio Jeneiro. Reyes merupakan seorang mafia yang sangat berpengaruh di Rio. Beliau menjalankan pelbagai jenis perniagaan haram dan menimbun wang bertimbun-timbun.
Yang paling menarik apabila Reyes menyimpan sebuah peti besi miliknya mengandungi wang dianggarkan berjumlah USD100 juga di sebuah balai Bolis di tengah Bandar Rio. Kerana pengaruhnya yang sangat dasyat, peti besinya dikawal ketat 24 jam.
Filem ini memang tidak masuk akal. Menyimpan peti besi di balai polis mengandungi wang berjuta dolar mang tidak pernah dibuat orang atau mana-mana pihak (tidak tahulah pulak kalau memang ada yang simpan dan dikawal rapi seperti peti besi mafia Reyes ini).
Pada suatu ketika Reyes mengarahkan ketua Polis supaya menggandakan wang sagu hati upah menangkap Dom dan rakan-rakan. Tubuh ketua Polis yang kelihatan kerdil dibandingkan Reyes secara simbolik menunjukkan pengaruh mafia ini sangat besar berbanding semua orang/golongan termasuk pihak Polis bersaiz relatif kecil.
Pengaruhnya yang sangat dasyat dengan menyimpan peti besi mengandungi wang berjuta dolar dalam balai Polis serta keluar masuk balai Polis (excuse me: macam rumah bapak dia) ialah suatu petanda simbolik utama juga. Dilhat dari sisi ini, filem ini bersifat menyindir pihak Polis di mana-mana pun di dunia ini yang melindungi mafia. Mafia boleh wujud dari pelbagai aktiviti termasuk ceti haram, pengusaha pelacuran, perompak atau sebarang aktiviti haram di sisi undang-undang dan diludah atau dipandang jijik oleh masyarakat).
Ketika menonton filem tersebut, ramai penonton yang meluahkan perasaan dengan mengeluarkan suara gaya dan bunyi tertentu tanda menyampah terhadao oerbuatan mafia Reyes atau ketua Polis yang dipegang ubun-ubunnya. Penonton juga menunjukkan reaksi dengan bertepuk tangan dan ketawa setiap kali Dom dan rakan-rakan menewaskan pihak Polis Rio yang (kononnya) korup.
Sesuai dengan judulnya, keseluruhan filem penuh dengan aksi-aksi cemas seperti tembak menembak dan kejar-mengejar dengan kenderaan yang dipandu laju. Walau bagaimana pun, saya percaya hampir semua penonton memihak kepada Dom dan rakan-rakannya yang berjaya merompak peti besi mengandungi USD100 juta dari balai Polis. Pada masa sama penonton menganggap jelek perbuatan mafia Reyes yang ‘beri makan’ Polis selain tersangat meluat melihat Polis yang dikutak-katik oleh mafia seperti Reyes!
Kalau menonton filem/drama ambillah ia sebagai pengajaran. Yang baik dijadikan teladan yang tidak dijadikan sempadan.












