Sejak kebelakangan ini kita dapati pelbagai majalah menggunakan istilah pucuk muda. Mula-mula saya ternampak istilah ini tertera pada judul-judul artikel, saya senyum sendirian.
Saya selak kamus Dewan. Memang terdapat banyak maksud pucuk samada istilah pucuk secara bersendirian atau apabila bergabung dengan perkatan-perkataan tertentu.
Antaranya ialah ‘pucuk dicita ulam mendatang’. Pucuk kayu pun ada. Ia ditempatkan pada turutan paling atas ruangan definasi. Saya skrol ke bawah dan ke kanan memang. Saya tidak jumpa istilah pucuk muda.
Tidak mengapa. Tidak ada tidak semestinya ia bukan sebahagian dari bahasa kita, Bahasa Melayu. Bahasa sentiasa berevolusi. Kalau tidak masakan istilah-istilah seperti rempit digunakan secara meluas sekarang ini. Mahu tidak mahu, lambat-laun pihak DBP akan memasukkan istilah ini sebagai salah satu kosa kata dalam kamusnya.
Pucuk muda yang dimaksudkan oleh wartawan-wartawan majalah ialah lelaki muda. Kita lihat mati pucuk. Ia bermaksud lemah zakar, kalau ikut definasi Kamus Dewan. Jadi mati pucuk ialah sejenis sifat yang disandarkan kepada kaum lelaki. Pucuk bermaksud zakar. Zakar hanya dimiliki kaum lelaki. Jadi, pucuk muda juga boleh dimaksudkan sebagai lelaki muda.
Tidak tahulah saya kalau maksud pucuk muda ialah zakar muda. Kalau ada yang meyebut pucuk tua suatu masa nanti, mungkin juga ia bermaksud zakar tua selain dari lelaki tua. Kalau kita baca artikel-artikel yang menggunakan istilah pucuk muda sekarang ini, maka lebih jelas kita dapatri bahawa pucuk muda bermaksud zakar lelaki muda.
Memang tidak empuk atau tidak manis kalau wartawan tulis artikel contohnya tajuk ‘Ramai wanita MIDI gilakan zakar muda’! Jadi, menggunakan istilah pucuk muda dilihat sebagai usaha menggunakan bahasa berlapik.
Usaha mengevolusikan bahasa amat saya sokong. Seperti tulisan-tulisan saya yang terdahulu, saya katakan bahawa bilangan kosa kata Bahasa Melayu berdasarkan Kamus Dewan tidak keterlaluan jika dikatakan agak ketinggalan berbanding dengan kosa kata Bahasa Indonesia. Jika anda semak kamus-kamus bahasa Indonesia dari segi pertambahan kosa kata dalam tempoh beberapa dekad anda akan dapati kosa kata mereka meningkat berkali ganda.
Hmm…. Jangan tersalah eja pulak. Tulis/taip pucuk muda dan semak berkali-kali. Takut tersalah tulis/taip dan ia berbunnyi fucuk muda. Fucuk ialah tahu kering. Atau istilah ini ditulis oleh orang berbangsa Arab yang menyebut ‘pa’ sebagai ‘fa’.
Kalau ada yang tertanya-tanya bagaimana pucuk dikaitkan dengan zakar? Saya kira penerangan saya ini mungkin boleh membantu. Pucuk bermaksud yang paling atas. Misalnya pucuk kayu bermaksud daun-daun yang baru terbit. Ia juga bermaksuh hujung yang tajam, runcing atau puncak. Jadi kaitan pucuk dengan zakar ialah besar kemungkinan kerana zakar mempunyai hujung kepala yang tajam atau runcing. Untuk lebih menyakinkan, cuba tanya etimologi pucuk muda dengan pakar Bahasa Melayu.
Ada juga yang akan bertanya lagi. Kepala zakar tajam? Psssttt…. Bukan semua zakar mempunyai kepala tajam atau runcing. Ini kita kena rujuk dengan pakar anatomi.
Herbalis Bahrain, RH (AHG)
SEMBANG-SEMBANG HERBA
www.sembangherba.blogspot.com
www.sembangherba.blogspot.com












