"Ya Allah, ajarkanlah kepada kami apa yang bermanafaat bagi kami, berikanlah manafaat kepada kami dengan apa yang Engkau ajarkan kepada kami dan berikanlah tambahan ilmu kepada kami. Kami memuji-Mu, ya Allah atas segala keadaan, dan kami berlindung kepada-Mu dari keadaan para penghuni neraka."
only search Sembang-sembang Herba
| ]
Share


   Ini merupakan pengalaman yang diceritakan oleh seorang hos radio Suria FM 105.3 yang terkenal, Syarifah Shahira.
     Pagi ini Ogos 22, 2011 lebih kurang jam 9:00 Syahira berkongsi pengalamannya menceritakan taktik bagaimana beberapa orang penyamun cuba menyamun beliau yang baru keluar dari sebuah bank dengan sebuah sampul surat berisi wang.
     Ketika baru beberapa minit memandu rakan beliau yang memandu kereta terpaksa membrek apabila seorang lelaki tidak dikenali secara tiba-tiba ‘terjatuh’ beg duit di laluan hadapan. Lelaki tersebut membongkok untuk mengutip beg duit yang terjatuh.
     Pada masa sama seorang lelaki telah berbuat sesuatu pada salah satu tayar belakang. Syarifah Syahira seorang yang sentiasa peka. Tidak diberitahu pula siapa yang mengesan pergerakkan seseorang melakukan sesuatu di bahagian belakang kereta.
     Beliau segera menyuruh rakan yang memandu meneruskan pemanduan apabila lelaki yang terjatuh bes duit beredar.
     Selang beberapa minit kemudian beliau dan rakannya mendengar bunyi ‘flat…..flat……flat…..flat….. di bahagian belakang kereta.
Beberapa saat kemudian…….
     Ketika kereta dipandu perlahan, seorang lelaki mengetuk cermin kereta dan menunjukkan bahagian belakang kereta. Mereka segera mengsyakki bahawa tayar mereka telah dipancitkan ketika seorang lelaki beraksi menjatuhkan beg duit dan mengutipnya beberapa minit sebelum itu.
     Lelaki yang megetuk pintu tadi terus-terusan menyuruh mereka berhenti sambil beria-ia berkata sesuatu mengenai tayar belakang yang pancit. Mungkin mereka ingin membantu menyelesaikan masalah Syarifah Syahira?
     Syarifah Syahira tidak tenggelam punca.
    Beliau terus mencadangkan rakan yang memandu supaya terus memandu dengan hanya tiga biji tayar berisi angin dan satu telah pancit.
    “Biarlah rim rosak. Kita terus jalan dan cari kedai tayar.”
     Sesampai di kedai tayar, beliau dan rakannya tidak keluar dari kereta tetapi sekadar menurunkan cermin kereta. Seorang lelaki datang dan mrnyuruh mereka keluar dari kereta. Matanya sentiasa tertumpa pada sampul surat yang dipegang oleh Syarifah Syahira. Pemilik kedai tayar memberi isyarat supaya mereka tidak keluar dari kereta.
     Terkenal dengan mulut becoknya, Syarifah Syahira membalas desakan lelaki berambut merah berhidung mancung yang meminta mereka keluar dari kereta, “Eiii… Mengapa mesti saya keluar. Saya tidak kenal awak! Bla bla bla…….”
     Beliau menjerit-jerit dan orang-ramai di tempat kejadian mula memberi perhatian. Lantaran itu lelaki berambut merah tersebut mula beredar dari situ.
      Menurut Syarifah Shahira lelaki-lelaki tersebut bergerak secara kumpulan. Yang terjatuh beg duit, memancitkan tayar dan mengetuk cermin kereta memberitahu tayar kereta mereka pancit satu kumpulan. Yang datang mendesak supaya mereka keluar dari kereta ketika mereka sampai di kedai tayar ialah orang lain.
       Mereka dipercayai bukan berbangsa Melayu. Syarifah Syahira tidak menyatakan bangsa sebenar lelaki-lelaki yang cuba menyamun tersebut.
       Nak tau?
       Yang terdapat dalam sampul surat itu hanya duit angpau! Maksudnya jumlahnya tidaklah sebanyak mana seperti disangka oleh penyamun-penyamun tersebut.
       Pada saya berapa pun kuantiti wang atau nilai barang berharga yang ada pada seseorang, orang yang disamun akan merasa tertekan iaitu berpunca dari kerugian (ketidakseimbangan) pelbagai segi.

SEMBANG-SEMBANG HERBA